“Rider” Tercengang Tengok Suasana Cantik Di Luar Rumah Flat Ini
Bila bercakap mengenai penghantar makanan atau rider, banyak kisah-kisah menarik yang berlaku dan menjadi tular di negara ini.
Lazimnya, tugas mereka mempunyai cabarannya yang tersendiri. Antaranya ialah terpaksa berdepan dengan keadaan cuaca yang tidak menentu dan melayan karenah pelanggan.
Dalam masa yang sama, mereka juga perlu menghadapi suasana perumahan yang kadang kala boleh menguji kesabaran.
Bagaimanapun, baru-baru ini seorang penghantar makanan terkesima apabila melihat suasana di sebuah flat yang sangat menakjubkan.
BACA: Umur Muda Tapi Muka Nampak Tua, 9 Makanan Mungkin Boleh Jadi Punca
Manakan tidak, persekitaran luar flat itu diubahsuai dan dilengkapi dengan perabot, yang menampakkannya seperti berada di ruang tamu rumah.
Menerusi video yang dimuat naik oleh @afzalnisya itu, dia memaklumkan bahawa adiknya yang merupakan seorang penghantar makanan berkongsi video itu kepadanya.
“Rumah area Ampang, kita pun boleh confuse bertukar alam lain lepas langkah keluar dari lif. Terbaik kejiranan ni,” katanya di kapsyen video itu.
@afzalnisya Rumah area ampang. Kita pun boleh confius bertukar alam lain lepas langkah keluar dari lift😅 Terbaik kejiranan ni👍🏻#fyp #fypシ #fypage #viralvideo #viraltiktok #viral #rumahapartment #ramadhan2023
Kelihatan di kawasan sekitar flat tersebut banyak sofa-sofa diletakkan di luar rumah masing-masing.
Adiknya itu terkejut kerana itulah kali pertama menghantar makanan di flat yang bersih dan cantik seperti itu.
“Sekali bila pintu lif terbukak, adik confuse, terus langkah masuk rumah orang ke macam mana ni,” katanya lagi.
Tambahan pula, persekitaran flat itu dilihat sangat bersih dan dijaga dengan rapi.
Ia memperlihatkan semangat kejiranan yang tinggi di antara penduduk di situ.
Netizen teruja melihat keadaan flat
Setakat ini, video tersebut telah mendapat lebih 900 ribu tontonan di TikTok.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji penduduk di situ kerana telah menjaga persekitaran flat dengan bersih dan cantik.
Ada juga yang berkongsi pengalaman pernah pergi ke rumah flat tersebut dan mengakui bahawa ia kelihatan sangat cantik serta tidak pernah dilihat sebelum ini.
Sumber: afzalnisya