Siakap Keli
virus misteri burundi
Gambar: Euro Weekly News

Tiga Maut Akibat Virus Misteri, Bandar Di Negara Burundi Dikuarantin

Tiga Maut Akibat Virus Misteri, Bandar Di Negara Burundi Dikuarantin

Tiga orang dilapor maut akibat virus misteri yang menyebabkan pendarahan hidung di Burundi, Afrika Barat, lapor Mirror.

Pepijat yang tidak dikenal pasti itu telah menyebabkan gejala termasuk demam, sakit kepala, pening dan muntah.

Pihak berkuasa kesihatan awam di negara itu kini sedang dilaporkan sedang giat untuk cuba membendung virus tersebut.

Menurut laporan media tempatan, kawasan di Baziro telah dikuarantin selepas dua daripada kes yang dijangkiti dipindahkan ke sana untuk rawatan.

Seorang jururawat dari pusat kesihatan Migwa berkata bahawa penyakit itu “membunuh dengan cepat”. Ketiga-tiga kes kematian setakat ini berlaku dalam tempoh 24 jam selepas pesakit menunjukkan simptom.

Kementerian Kesihatan Burundi telah menolak Ebola dan Marburg. Mereka kini sedang giat meneliti virus terbaru yang didakwa merupakan pepijat haemorrhagic yang kian menular.

Ianya berlaku selepas negara jirannya Tanzania mengumumkan wabak Marburg awal bulan ini. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan risiko penyakit itu “sangat tinggi” kepada negara sekitar.

Pada Julai tahun lalu, doktor dihantar ke Burundi untuk menyiasat penyakit misteri “hidung berdarah” di selatan Tanzania yang meragut nyawa tiga orang.

BACA: Kata Nak Tengok Je, 5 Punca Ramai Tak Nak Keluar Dari Tempat Ni, Normal Kalau Suami Kena Sidai

Mangsa yang meninggal mempunyai simptom penyakit

Terdahulu, Menteri Kesihatan, Mitoha Ondo’o Ayekaba dalam satu kenyataan hari ini berkata hasil pemantauan mengesahkan dua orang yang meninggal mempunyai simptom penyakit itu pada dua hari lalu.

“Siasatan sedang dijalankan bagi mengukuhkan lagi ujian penyebaran wabak itu. Sebanyak 48  kes kenalan rapat telah direkodkan dengan empat daripadanya menunjukkan simptom. Manakala tiga lagi sedang menjalani kuarantin di hospital,” katanya.

Difahamkan, virus Marburg merupakan patogen yang jarang berlaku namun sangat berbahaya. Ia menyebabkan demam teruk disertai pendarahan dan kegagalan organ.

Ia adalah sebahagian daripada keluarga filovirus atau lebih dikenali sebagai virus Ebola. Virus berkenaan telah menjadi satu wabak serius di negara Afrika sebelum ini.

Pada 13 Februari lalu, Negara Afrika tengah mengumumkan bahawa sembilan orang telah disahkan meninggal dunia akibat virus Marburg antara 7 Januari dan 7 Februari.

Dalam pada itu, pihak berkuasa negara berkenaan telah mengisytiharkan amaran kesihatan di wilayah timur laut terpencil seperti wilayah Kie-Ntem dan di daerah jiran Mongomo, yang terletak di sempadan dengan Cameroon dan Gabon.

Sumber: Mirror

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka