Siakap Keli

Zoo Negara Jayakan Program Sinar Ramadan Bersama Adabi, 99 Speed Mart Dan Adabi Trading House Dengan Agihan Bubur Lambuk

Sambutan bulan Ramadan al-Mubarak edisi kali in menampilkan kolaborasi Zoo Negara bersama Adabi Consumer Industries Sdn. Bhd., 99 Speed Mart Sdn. Bhd., Bekal Baru Sdn. Bhd. dan Adabi Trading House Sdn. Bhd. yang berlangsung pada 28 Mac 2023 secara bergotong-royong. Tema ‘Bubur Lambuk- Kongsi Rezeki’ merupakan simbolik kepada ukhwah yang terjalin di antara Zoo Negara bersama pihak penaja sebagai penglibatan mereka terhadap tanggungjawab sosial korporat serta jaringan kerjasama dengan organisasi luar.

Syarikat Adabi Consumer Industries Sdn. Bh. menaja produk serbuk kunyit sebanyak 40-kilogram sebulan selama tempo dua tahun dengan nilai tajaan sebanyak RM21,600.00 bagi penjagaan kulit untuk dua spesies haiwan mamalia darat terbesar yang dipamerkan di Zoo Negara iaitu gajah Asia dan badak sumbu putih. Kunyit ini dilumurkan pada badan kedua-dua spesies mamalia ini sebagai bahan antiseptik bagi mencegah jangkitan kuman pada luka dan merawat penyakit kulit. Adabi turut menaja sebanyak 1,000 paket 13-gram Perencah Sup Ikan dan 60 gram Perencah Sambal Tumis Ikan Bilis dan 70 gram Perencah Ikan Bakar untuk diagihkan kepada kakitangan bersama bubur lambuk.

Selain itu, syarikat 99 Speed Mart Sdn. Bhd. turut menyumbangkan sebanyak 1,000 biji telur masin untuk disajikan bersama juadah bubur lambuk. 99 Speed Mart Sdn. Bh. juga merupakan penaja bagi mamalia darat ketiga terbesar di dunia iaitu badak air sebanyak tiga ekor yang dipamerkan di Zoo Negara dengan nilai sumbangan sebanyak RM186,626.00.

Sambutan Ramadan pada tahun ini juga dimeriahkan dengan sumbangan tajaan 200 kotak 250ml ekstrak krim santan kelapa UHT oleh syarikat Bekal Baru Sdn. Bhd dan 200 botol sirap kordial berperisa ros, pandan atau lemon oleh syarikat Adabi Trading House Sdn. Bhd Santan kelapa dan sirap kordial in akan diagihkan bersama ayam percik yang ditaja ole JRA Elite Sdn. Bhd. Dan Mafatech Engineering & Trading Services di kalangan 153 orang kakitangan Zoo Negara semasa program bubur lambuk pada hari tersebut. 

Para kakitangan Zoo Negara bersama wakil syarikat Adabi Consumer Industries Sdn. Bhd. saling berganding bahu bagi menyediakan juadah tradisi bulan Ramadan in bertempat di kawasan perkarangan Kantin Zoo. Bubur lambuk yang telah siap dimasak akan diagihkan secara berperingkat kepada seluruh kakitangan yang bertugas. Selain itu, sebanyak 615 pek juadah bubur lambuk akan diagihkan ke pusat tahfiz, rumah kebajikan, surau dan masjid yang terletak berhampiran dengan Zoo Negara pada hari tersebut.

Semoga sambutan Ramadan pada edisi kali in menjalin ukhwah persaudaraan yang erat di kalangan warga kerja Zoo Negara serta rakan kolaborasi iaitu syarikat Adabi Consumer Industries Sdn. Bh., 99 Speed Mart Sdn. Bhd., Bekal Baru Sdn. Bhd. dan Adabi Trading House Sdn. Bhd. selain menghidupkan lagi amalan bersedekah di bulan penuhh keberkatan. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut mengenai programini, sila hubungi wakil Jabatan Perhubungan Awam dan Pemasaran Zoo Negara di talian 03-4108 3422 atau emelkan kepada [email protected].

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa