Siakap Keli
lelaki pengsan dua hari
Gambar: Insider

Tular Berita Lelaki Dilapor Hilang, Rupanya Pengsan Dua Hari Ketika Berjoging 

Tular Berita Lelaki Dilapor Hilang, Rupanya Pengsan Dua Hari Ketika Berjoging 

Seorang lelaki yang dilaporkan hilang ketika keluar berjoging di kawasan Anjung Bercham Indah sejak 28 Mac lalu telah ditemui selamat kembali ke rumahnya semalam, lapor Sinar Harian.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, siasatan awal mendapati bahawa mangsa berusia 32 tahun itu tidak sedarkan diri selama dua hari di lokasi kejadian.

Jelasnya, mangsa mendakwa bahawa terdapat dua lelaki telah mengampirinya dan mengetuk kepalanya dari arah belakang sehingga dia tidak sedarkan diri.

“Mangsa telah tersedar pada 30 Mac sekitar jam 3 pagi lalu pulang ke rumah dengan sendiri dari tempat kejadian.

“Akibat kejadian itu, mangsa mengalami sakit kepala dan kini sedang menerima rawatan di hospital,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Menurut Yahaya lagi, berita kehilangan mangsa telah menjadi tular di media sosial berikutan satu muat naik berkenaan kehilangan mangsa telah dibuat di laman Facebook.

Siasatan lanjut masih lagi sedang dijalankan

Siasatan lanjut berkenaan kejadian kini telah dilakukan daripada pelbagai sudut.

“Polis meminta saksi orang awam yang melihat kejadian itu untuk tampil membantu siasatan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 393 Kanun Keseksaan kerana cubaan samun,” kata Yahaya lagi merumuskan berkenaan kes.

BACA: Kata Nak Tengok Je, 5 Punca Ramai Tak Nak Keluar Dari Tempat Ni, Normal Kalau Suami Kena Sidai

Terdahulu, dalam kejadian berasingan dua wanita yang dilaporkan hilang telah ditemui di disimen di bawah tangga di sebuah rumah di Bekasi, Jawa Barat pada Isnin lepas.

Menurut laporan media tempatan, kedua-dua mangsa yang masing-masing berusia 47 dan 48 tahun tidak pulang ke rumah selepas habis kelas mengaji Al-Quran, pada Ahad.

Curiga kerana lambat pulang, suami salah seorang mangsa kemudian bertindak mengesan isterinya menerusi GPS yang ada pada telefon bimbit.

Suami mangsa kemudian mendapati lokasi terakhir isterinya berada di rumah tersebut dan bergegas ke sana. Dia kemudian menemui satu kawasan baru disimen di bawah tangga rumah berkenaan.

Menyedari ada sesuatu yang tidak kena, lelaki berkenaan bertindak mengorek simen berkenaan sebelum membuat penemuan yang mengejutkan.

Mayat isterinya bersama seorang wanita lain, dipercayai rakan isterinya ditemui kaku dalam bancuhan simen dibawah tangga tersebut.

Dia kemudian menemui seorang lelaki yang sedang kritikal dan berlumuran darah dengan hirisan di pergelangan tangan. Lelaki tersebut kemudian dikejarkan ke hospital namun disahkan meninggal dunia.

Sumber: Sinar Harian

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka