Tular Video Pemandu Bas Selamba Main Telefon Sambil Memandu, Polis Gesa Serah Diri
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggesa seorang pemandu bas yang dikesan menggunakan telefon ketika memandu seperti dalam satu rakaman video yang tular di media sosial untuk tampil menyerah diri, lapor Sinar Harian.
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mat Kasim Karim berkata, tindakan pemandu itu telah tular di aplikasi TikTok pada baru-baru ini.
“Tindakan pemandu bas ini boleh mendatangkan risiko kemalangan bukan hanya kepada penumpang bas tersebut tetapi kepada pengguna jalan raya lain.
“Kejadian itu dipercayai dirakam oleh salah seorang penumpang bas terbabit,” katanya pada Sabtu.
Jelasnya, bas itu didapati dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Ipoh berdasarkan maklumat nombor pendaftaran bas tersebut.
Tegasnya, pemandu bas terbabit dikehendaki segera menyerahkan diri ke trafik daerah berhampiran atau mana-mana balai polis bagi membantu siasatan.
“Orang awam yang mempunyai maklumat kejadian ini, boleh sama-sama menyalurkan kepada JSPT melalui Facebook Messenger atau emel terus ke [email protected],” ujarnya.
Satu rakaman tular di media sosial memaparkan seorang pemandu bas sedang menggunakan telefon bimbit ketika memandu.
Terkini, polis meminta pemandu bas tersebut untuk tampil serah diri.
BACA: https://t.co/tpfy3Qw0HY untuk berita penuh pic.twitter.com/kJmEwxzuOF
— SinarHarian (@SinarOnline) April 1, 2023