Siakap Keli
Berbuka

Berbuka Seorang Lagi Tahun Ni, Umur 35 Baru Aku Faham Maksud Abah “Jangan Asyik Reject Orang”

Jam dah pukul 7pm. Sikit lagi nak masuk waktu berbuka. Aku termenung tengok murtabak atas meja, ditemani nasi ayam yang aku beli masa balik kerja. Tahun ni masih berbuka sorang. Almaklumlah single lagi.

Tiba-tiba aku teringat pesan abah dulu, “Masa ramai orang datang ni, kita jangan asyik reject. Nanti satu masa tak ada lagi yang nak datang kat kita.” Masa tu aku sengih je kat abah. Aku baru tolak pinangan sorang anak kawan dia yang tua lima tahun dari aku. Masa tu aku baru 24, aku bagitau abah nak kejar dulu cita-cita aku. Abah faham, cuma sebab ni kali ketiga aku reject pinangan orang, abah mula risau. Aku rasa aku ni biasa je, tapi masa sekolah kawan-kawan dok puji cakap ada iras Asmirandah. Masuk uni pun ramai senior lelaki nak menyapa. Jadi aku rasa aku takde masalah nak cari jodoh nanti.

Tapi aku silap.

Sekarang umur 35, baru aku faham maksud abah. Kalau dulu masa zaman belajar ramai yang kejar, sekarang ni aku rasa sendu. Iyalah, peminat aku yang dulu masing-masing dah berkahwin. Kawan-kawan sebaya kebanyakannya dah dirikan rumah tangga. Kawan sekerja dulu ada la beberapa orang yang nak cuba-cuba tapi semua aku tolak. Sekarang dah 35, rakan lelaki yang sebaya dan lebih tua semua dah berkeluarga. Lelaki yang lagi muda pula takut nak dekati senior macam aku ni yang lebih bekerjaya, padahal aku okay je. Dan, ada yang takut nak cuba sebab ingat aku ni dah berpunya. 

Tapi apapun aku redha. Lesson learnt. Lagipun aku yakin soal jodoh ni semua Tuhan dah tentukan. Aku hanya boleh buat yang terbaik dan letakkan kebergantungan kepada-Nya. 

Yatim piatu disunting tiga pemuda; Kisah Bidadari Bermata Bening

Urusan pemilihan jodoh bukanlah satu perkara yang mudah kerana ia mempengaruhi kehidupan seseorang selepas perkahwinan. Krisis yang sama turut dihadapi oleh seorang gadis yatim piatu bernama Ayna yang berdarah kacukan Indonesia dan Jordan dalam kisah Bidadari Bermata Bening.

Diuji kehilangan ayah ketika masih dalam kandungan, Ayna telah menjadi yatim piatu apabila ibunya juga meninggal dunia, membuatkan gadis itu terpaksa dijaga oleh bapa saudaranya. Hasil didikan agama yang sempurna, gadis solehah ini telah menarik hati beberapa pemuda dari latar belakang berbeza yang ingin menyuntingnya.

Siapa yang perlu dia pilih, adakah si dia yang membuatkan hatinya bergetar pada pertemuan pertama atau pilihan keluarganya ?

Untuk makluman, siri ini adalah siri adaptasi daripada novel terlaris oleh seorang penulis terkenal di Indonesia, Habiburahman El Shirazy.  Siapa yang tak kenal dengan ikon yang menulis novel best seller seperti Ayat-Ayat Cinta dan Ketika Cinta Bertasbih ini.

Kisah garapannya tak pernah gagal menyentuh emosi dan perasaan orang ramai tidak kira di Indonesia mahupun Malaysia. Korang boleh saksikan Bidadari Bermata Bening hanya di Viu.

Siri Menarik Di Viu Sepanjang Ramadan

Selain Bidadari Bermata Bening, ada beberapa siri menarik yang korang boleh saksikan sepanjang bulan Ramadan ini. Siri pertama yang boleh korang tengok ialah Nenek Bongkok Tiga. Siri ini mengisahkan tentang 8 orang tebusan yang terperangkap di Bukit Luruh dan perlu berhadapan dengan seorang nenek misteri yang patuh kepada arahan Tuan Tanah.

Kumpulan tebusan ini turut dituduh memasuki kawasan larangan dan perlu menyelesaikan cabaran yang boleh meragut nyawa demi melepaskan diri mereka dan pulang ke alam nyata. Siri ini menampilkan ramai pelakon tempatan yang hebat seperti Hun Haqeem, Meerqeen, Sara Ali, dan Syafie Naswip. Nenek Bongkok Tiga mempunyai 10 buah episod dan korang dah boleh mula binge-watch siri ini di Viu.

Siri kedua pula ialah Love Me Again iaitu sebuah siri komedi dari Thailand. Ia menceritakan tentang Pop, pengasas kumpulan girl band AGA1N yang baru melakukan debut sulung mereka dan Bee, seorang remaja perempuan berusia 20 tahun yang kelihatan lebih tua daripada usianya. Hanya korang sebagai penonton sahaja yang tahu bahawa dia sebenarnya seorang wanita berusia 50 tahun yang sedang menyamar untuk mencari cinta sejatinya. Ditayangkan pada setiap hari Khamis dengan 6 episod, siri ini menampilkan gandingan hebat Mew Suppasit dan Mild Lapasalan.

berbuka

Bagi korang yang minat siri-siri daripada Korea Selatan, siri K-drama bertajuk The Secret Romantic Guesthouse ini pasti menjadi pilihan korang. Berbekalkan sebanyak 18 episod, siri ini dibarisi pelakon-pelakon seperti Shin Ye-eun, Ryeoun, dan  Kang Hoon. Berlatar belakangkan di mana era diskriminasi jantina berleluasa, sebuah rumah tumpangan baharu, Yihwawon memecahkan semua stereotaip tersebut. Yun Dan-O, pemilik rumah penginapan itu, serta para penghuni penginapannya iaitu sekumpulan lelaki muda, masing-masing mempunyai cerita dan rahsia mereka tersendiri. Siri ini ditayangkan pada setiap hari Isnin dan Selasa.

Kalau korang tak berminat dengan genre cinta, siri bergenre aksi ini mungkin boleh menarik minat korang. Ditayangkan pada setiap hari Jumaat dan Sabtu, Taxi Driver 2 mempunyai 16 episod. Siri ini membariskan pelakon-pelakon Korea Selatan seperti Lee Je Hoon, Kim Eui Sung, dan Jang Hyuk Jin. Jika musim pertama kebanyakannya menampilkan misi balas dendam solo oleh Do Gi, musim kedua menampilkan banyak kerja berpasukan dan penyertaan daripada ahli pasukan Rainbow Taxi. Setelah diburu dengan kejam oleh Godmother, CEO Jang Seong Cheol pula kini muncul sebagai watak yang unik dalam siri aksi ini selepas kehilangan Godmother.

Ada macam-macam lagi siri yang best dan popular untuk tontonan korang. Korang yang berminat boleh ketahui lebih lanjut dengan klik di sini. Jadi, tunggu apa lagi? Cepat daftar dan nikmati siri-siri popular Together-Gather dengan insan tersayang hanya di Viu. Selepas mula melanggan, jangan lupa aktifkan langganan premium untuk aplikasi Viu korang dan tonton drama pilihan tanpa sebarang gangguan.

Adib Mohd