Dalam Radar, Julian Nagelsmann Dipercayai Calon Utama Ganti Graham
Bekas jurulatih Bayern Munich, Julian Nagelsmann dilapor menjadi calon utama yang berada dalam radar Chelsea untuk menggantikan Graham Potter yang baru sahaja dipecat oleh Kelab Liga Perdana Inggeris itu.
Menurut wartawan sukan, Fabrizio Romano, perbincangan mengenai Nagelsmann dipercayai telah dibuat.
“Nagelsmann telah disebut dalam perbincangan dalaman semalam,” katanya.
Fabrizio juga memaklumkan bahawa setakat ini tiada pengesahan mengenai calon lain yang juga disebut bakal menerajui jawatan ketua jurulatih The Blues itu selain Nagelsmann.
“Tiada pengesahan mengenai Mauricio Pochettino setakat ini,” katanya.
Terdahulu, Pochettino didakwa turut menjadi antara calon yang berada dalam radar Chelsea.
Julian Nagelsmann Ganti Graham?
🚨 Understand there have been already approaches for Julian Nagelsmann to be the new Chelsea head coach. Talks will continue to make final decision — but he’s the favorite. #CFC
No confirmation on Pochettino links at this stage. Nagelsmann, mentioned in internal talks yesterday. pic.twitter.com/1jcxrgjRYd
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) April 2, 2023
Dalam pada itu, Fabrizio juga mendakwa bahawa tiada perbincangan mengenai pampasan dengan Bayern Munich.
Untuk pengetahuan, Chelsea perlu membayar pampasan sekiranya ingin mendapatkan khidmat Nagelsmann kerana kontraknya dengan Bayern masih lagi berkuat kuasa.
Pada 2021, Nagelsmann telah menandatangi kontrak lima tahun dengan kelab itu. Justeru, melainkan ada klausa yang menyatakan sebaliknya, dia masih lagi terikat dengan Bayern sehingga musim panas 2026.
Sementara itu, Nagelsmann telah dipecat oleh Bayern Munich pada bulan lalu walaupun mereka mempamerkan prestasi mengagumkan dalam Liga Juara-Juara.
◉ Chelsea approached Nagelsmann as top candidate;
◉ No compensation talks with Bayern… yet;
◉ Internal discussions will continue to make best decision;
◉ Ruben Amorim also appreciated, no talks with Pochettino as of now.
🎥🔵 More on Chelsea job: https://t.co/PNPukkEzD7 pic.twitter.com/33xPXxSIHu
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) April 2, 2023
Penyandang juara Bundesliga itu memenangi kesemua enam perlawanan kumpulan sebelum menyingkirkan Paris Saint-Germain (PSG) pada pusingan ke-16.
Pun begitu, Bayern telah tergelincir daripada kedudukan teratas liga berikutan kekalahan selepas menentang Bayer Leverkusen awal bulan ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Bayern, Oliver Kahn turut memberi respon berkaitan pemecatan Nagelsmann.
“Apabila kami menandatangi Julian Nagelsmann pada musim panas 2021, kami yakin akan bekerjasama dengannya dalam tempoh jangka panjang.
“Tetapi kami telah membuat kesimpulan bahawa kualiti dalam skuad kami semakin jarang ditonjolkan.
“Prestasi yang tidak menentu telah menimbulkan keraguan bagi kami,” katanya.
Selepas pemergiannya, Thomas Tuchel kini bertanggungjawab mengendalikan kelab itu.
BACA JUGA: Rasmi, Graham Potter Tinggalkan Chelsea
Sumber: Fabrizio Romano, The Chelsea Chronicle, Mirror