Siakap Keli
Graham Potter Tinggalkan Chelsea
Gambar: AFP

Rasmi, Graham Potter Tinggalkan Chelsea

Rasmi, Graham Potter Tinggalkan Chelsea

LONDON —  Kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) Chelsea Football Club (FC) mengumumkan jurulatih pasukan, Graham Potter telah meninggalkan kelab tersebut.

The Blues dalam satu kenyataan rasmi berkata, kedua-dua belah pihak telah memberikan kerjasama baik berhubung perkara tersebut. Ia bagi membolehkan segala proses berjalan dengan lancar.

Graham Potter Tinggalkan Chelsea

Skuad yang berpengkalan di England itu turut mengucapkan terima kasih kepada Graham sepanjang perkhidmatannya bersama kelab itu.

“Graham telah membawa pasukan ini sehingga ke suku akhir Liga Juara-Juara. Kami akan menentang Real Madrid. Oleh itu, Chelsea ingin mengucapkan terima kasih kepada Graham atas segala usaha dan sumbangannya.

“Kami mendoakan beliau terus berjaya untuk masa hadapan,” kata Chelsea dalam kenyataan tersebut.

Tambahan lagi, pemilik kelab, Todd Boehly dan Behdad Eghbali turut memberikan ucapan terima kasih terhadap bekas jurulatih berkenaan.

“Kami sangat menghormati Graham sebagai jurulatih dan sebagai seorang individu. Dia mempunyai profesionalisme dan integriti,”

Jelas pemilik bersama pasukan itu lagi, mereka turut bersedih dengan keputusan ini.

Siapa Yang Bakal Menguruskan Chelsea?

Dalam pada itu, pemergian Graham membuatkan pasukan itu bakal dikendalikan oleh Bruno Saltor sebagai Ketua Jurulatih Interim buat sementara waktu.

BACA JUGA: Chelsea Lakar Sejarah, Azan Maghrib Berkumandang & Buka Puasa Pertama Di Stamford Bridge

“Buat peminat Chelsea di luar, kami akan berada di belakang Bruno bersama pasukan. Kami akan memberikan tumpuan dengan baki musim ini.

“Kami masih mempunyai 10 baki perlawanan Liga Perdana dan suku akhir Liga Juara-Juara yang bakal tiba. Sehubungan itu, kami akan memberikan setiap usaha dan komitmen dalam setiap baki perlawanan agar dapat dapat menamatkan musim ini dengan cemerlang,” maklum The Blues.

Untuk makluman, Chelsea kini berada di tangga ke-11 liga dengan 38 mata selepas 28 perlawanan.

Rekod Graham Bersama Chelsea

Sejak mengambil alih Chelsea daripada Thomas Tuchel pada September 2022 lalu, jurulatih berusia 47 tahun itu telah mempunyai 31 perlawanan bersama pasukan.

Daripada kesemua perlawanan yang dimainkan, Graham berjaya meraih 12 kemenangan, lapan seri dan 11 kekalahan. Selain itu, statistik gol yang dihasilkan oleh pasukan itu juga sebanyak 33 gol dan 31 bolos.

Ia menjadikan peratusan kemenangan (winrate) Chelsea di bawah kendalian Graham sebanyak 38.7 peratus.

Gambar: Football Transfer

Sumber: Chelsea FCFootballTransfer

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?