Siakap Keli
buka puasa stamford bridge
Gambar: Open Iftar

Chelsea Lakar Sejarah, Azan Maghrib Berkumandang & Buka Puasa Pertama Di Stamford Bridge

Chelsea Lakar Sejarah, Azan Maghrib Berkumandang & Buka Puasa Pertama Di Stamford Bridge

Satu peristiwa bersejarah terlakar apabila laungan azan Maghrib berkumandang di stadium keramat Chelsea FC, Stamford Bridge bersempena majlis berbuka puasa bersama komuniti muslim di London.

Malah difahamkan, majlis berbuka puasa Open Iftar anjuran Yayasan Chelsea itu adalah yang kali pertama diadakan di stadium tersebut.

Detik bersejarah laungan azan berkumandang tersebut dirakam dan dikongsi di platform media sosial seperti Twitter@OpenIftar.

Gambar: Open Iftar

Dalam video tersebut, seorang lelaki dilihat sedang melaungkan azan manakala orang ramai mengeluarkan gadget bagi merakam momen itu.

Kedengaran alunan azan yang kuat dan merdu berkumandang di stadium bola sepak terkenal itu. 

“Nampaknya Stamford Bridge, Chelsea bukan sahaja rumah bagi The Blues, tetapi juga tempat yang mengalu-alukan kedatangan semua agama.

“Mendengar azan di stadium itu adalah matlamat sebenar bagi masyarakat Islam dan kemenangan untuk bola sepak dalam mempromosikan perpaduan dan kepelbagaian,” memetik kapsyen ciapan itu.

BACA: Pemilik Chelsea Di Paris, Cuba Beli Neymar Dari PSG?

Chelsea FC anjur majlis buka puasa buat pertama kali di Stamford Bridge

Gambar: Open Iftar

 

Difahamkan, Yayasan Chelsea pada minggu lalu sudah mengumumkan pihaknya akan menganjurkan Open Iftar di tepi padang di Stamford Bridge bersama dengan Ramadan Tent Project.

Majlis itu sekali gus menjadikan ia program pertama yang dianjurkan Chelsea untuk kelab dan stadium tersebut berkenaan dengan Ramadan.

Open Iftar dijalankan dengan kerjasama Ramadan Tent Project, sebuah badan amal yang ditubuhkan pada 2013 dengan misi menyatukan masyarakat dan membangunkan pemahaman Ramadan.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Ramadan Tent Project, Omar Salha berkata projeknya telah menghubungkan dan mengumpulkan lebih setengah juta orang dari semua latar belakang.

“Setakat ini, ‘Price of London’ akan menjadi kelab Liga Perdana (EPL) pertama dalam sejarah yang menganjurkan acara Open Iftar,” katanya.

Majlis tersebut diadakan sebagai sebahagian daripada Ramadan, bulan Islam yang memerlukan umatnya untuk berpuasa sebelum fajar hingga matahari terbenam.

Justeru majlis Open Iftar membolehkan komuniti muslim di London menyambut Ramadan bersama-sama dan berpeluang berkumpul berbuka puasa secara berjemaah.

Dalam masa sama, ia juga menyediakan ruang kepada komuniti muslim di sana untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama mereka.

Berikut adalah lampiran foto-foto suasana ketika majlis buka puasa Open Iftar berlangsung.

Gambar: Open Iftar
Gambar: Open Iftar
Gambar: Open Iftar
Gambar: Open Iftar

 

Sumber: @OpenIftar/Twitter, Chelsea FC,

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana