Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
rayuan mb kedah
Kredit: BERNAMA

Saman Fitnah: Mahkamah Rayuan Tolak Rayuan MB Kedah, Tambah Ganti Rugi Kepada RM120,000

Nurhanis

Saman Fitnah: Mahkamah Rayuan Tolak Rayuan MB Kedah, Tambah Ganti Rugi Kepada RM120,000

PUTRAJAYA, 3 April (Bernama) — Mahkamah Rayuan hari ini memerintahkan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor membayar jumlah ganti rugi sebanyak RM120,000 kepada bekas Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Wira Mahfuz Omar berhubung saman fitnah.

Ini selepas panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Vazeer Alam Mydin Meera, Datuk Seri Mariana Yahya dan Datuk Wong Kian Kheong membenarkan rayuan balas Mahfuz untuk kuantum ganti rugi dinaikkan daripada RM50,000 kepada RM120,000.

Sementara itu, panel hakim itu menolak rayuan Muhammad Sanusi untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi pada 8 Nov 2021 yang memerintahkannya membayar ganti rugi kepada Mahfuz selepas membenarkan saman fitnah Mahfuz.

Dalam penghakiman itu, Vazeer berkata tiada kesilapan oleh hakim Mahkamah Tinggi dalam penemuannya mengenai liabiliti tetapi mengatakan bahawa kuantum ganti rugi yang diberikan kepada Mahfuz oleh Mahkamah Tinggi adalah rendah.

Beliau turut mengarahkan Muhammad Sanusi membayar kos guaman sebanyak RM10,000.

Peguam Yusfarizal Yussoff yang mewakili Muhammad Sanusi serta peguam Noorazmir Zakaria yang mewakili Mahfuz, mengesahkan keputusan Mahkamah Rayuan itu ketika dihubungi Bernama.

BACA: Tiada Pekeliling Larang MB Kedah Hadir Acara Kerajaan Persekutuan – Ahmad Zahid

Keputusan itu disampaikan melalui prosiding secara dalam talian hari ini.

Pada November 2021, Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Arief Emran Arifin membenarkan saman fitnah Mahfuz dan mengarahkan Muhammad Sanusi membayar ganti rugi RM50,000 kepada Mahfuz.

Mahkamah Tinggi itu juga mengeluarkan perintah injunksi yang menghalang Muhammad Sanusi atau ejen-ejennya daripada menerbitkan kata-kata fitnah terhadap Mahfuz pada masa hadapan.

Pada 9 Okt 2019, Mahfuz memfailkan saman itu berdasarkan hantaran dibuat oleh Muhammad Sanusi dalam akaun Facebooknya pada 30 Julai 2019 yang mengaitkan Mahfuz selaku wakil rakyat bagi kawasan Pokok Sena dalam isu pemindahan Sport Toto ke kawasan itu.

Mahfuz juga mendakwa Muhammad Sanusi menerbitkan satu video berdurasi 7 minit 57 saat di akaun Facebooknya pada 27 Julai 2019 yang memaparkan sekumpulan individu membantah pembukaan cawangan Sport Toto di Pokok Sena sambil memegang sepanduk yang tertera nama plaintif.

Yusfarizal berkata beliau akan berbincang dengan anak guamnya sama ada akan memfailkan permohonan kebenaran untuk merayu di Mahkamah Persekutuan.

Sumber: BERNAMA