Siakap Keli
notifikasi gempa telefon pintar
Kredit: Bernama

Cara Nak Set Notifikasi Amaran Gempa Bumi Guna ‘Apps’ Weather

Cara Nak Set Notifikasi Amaran Gempa Bumi Guna ‘Apps’ Weather

Semalam, kita digemparkan dengan satu insiden gempa bumi yang melanda negara jiran, Indonesia.

Memetik Bernama, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melaporkan gempa bumi kuat bermagnitud 6.2 melanda Utara Sumatera, Indonesia pada 10.59 malam, semalam.

Dalam laporan yang sama, gegaran dilapor turut dirasai hingga beberapa kawasan di Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka serta Johor.

Disebabkan itu, beberapa peranti pintar telah memberikan notifikasi gempa bumi bagi rakyat Malaysia, khususnya bagi yang menetap di Pantai Barat Semenanjung Malaysia.

Kredit: WhatsApp

Berdasarkan pemerhatian, rata-rata Malaysia berkongsi ia merupakan pengalaman kali pertama menerima notifikasi berkenaan gempa bumi.

Sungguhpun begitu, ada juga yang tidak menyedari kejadian itu lansung kerana tidak menerima apa-apa notifikasi pada peranti pintar mereka.

notifikasi gempa telefon pintar
Kredit: Twitter

Bagi golongan yang merasakan telefon mereka tidak canggih, jangan bersedih. Ada kemungkinan, fitur berkenaan sudah berada dalam peranti anda, cuma anda perlu mengaktifkannya sahaja.

Cara pengaktifan notifikasi gempa bumi pada telefon pintar jenis iPhone

Untuk pengguna iPhone, akaun yang sering berkongsi ilmu teknologi, Twitter Tech Lagi (@tech_lagi) telah berkongsi cara mengaktifkan notifikasi gempa bumi atau cuaca buruk di aplikasi Weather.

Pertama sekali, buka aplikasi Weather dan tekan tiga garis pada bahagian bawah kanan aplikasi tersebut.

notifikasi gempa telefon pintar
Kredit: Twitter Tch Lagi

Kemudian, pilih tiga titik dan tekan pada notifikasi (Notification)

notifikasi gempa telefon pintar
Kredit: Twitter Tech Lagi

Seterusnya, pilih Go to Settings.

Kredit: Twitter Tech Lagi

Ubah tetapan Location  kepada Allow Location Access > Always

Kredit: Twitter Tech Lagi

Selepas itu, aktifkan Severe Weather.

Kredit: Twitter Tech Lagi

Akhir sekali, tekan Allow.

Kredit: Twitter

Menurut Tech Lagi, sebarang notifikasi mengenai cuaca buruk akan terus masuk ke iPhone anda selepas melakukan langkah-langkah dia atas.

Cara pengaktifan notifikasi gempa bumi pada telefon pintar jenis Redmi/Xiaomi

Pada bahagian balasan ciapan tersebut, Bang Enzo (@Bang_kai_) turut berkongsi cara untuk mengaktifkan notifikasi gempa bumi pada peranti jenis Redmi/Xiaomi.

Pertama sekali, pergi ke bahagian Settings dan cari Location. Kemudian, tekan pada tetapan untuk menghidupkan akses terhadap lokasi anda.

Kredit: Twitter Bang Enzo

Pada bahagian yang sama, hidupkan Earthquake alerts.

Kredit: Twitter Bang Enzo
Kredit: Twitter Bang Enzo

Semoga tip ini dapat memberikan manfaat, khususnya bagi mereka yang bakal mengunjungi negara-negara yang kerap dilanda gempa bumi.

BACA: Enggan Jual Hartanah, Viral Rumah Jadi Uzur Diapit Projek Kondo Mewah

Sumber: Tech Lagi via Twitter

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma