Siakap Keli
pemandu lori maut terhuumban laut
Kredit: Bernama

Pemandu Maut Lori Terhumban Ke Dalam Laut

Pemandu Maut Lori Terhumban Ke Dalam Laut

IPOH, 5 April (Bernama) — Seorang lelaki mati lemas apabila lori 10 tan yang dipandunya terjatuh ke dalam laut di Terminal Maritim Lumut dekat Manjung, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sitiawan Mohd Azizi Zakaria berkata pihaknya menerima panggilan mengenai insiden itu daripada pihak pelabuhan pada 5.30 pagi tadi dan operasi menyelamat turut dibantu anggota Unit Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) BBP Pulau Pangkor.

Beliau berkata mangsa dikenali sebagai Aqil Rasydan Razmi berusia 20-an berjaya dibawa naik pada pukul 9.45 pagi tadi, namun disahkan meninggal dunia oleh petugas kesihatan.

“Sebuah lori 10 tan terjatuh ke dalam laut pada kedalaman kira-kira 11 meter. Kapal yang berdekatan pelabuhan telah ditarik bagi memudahkan operasi penyelamatan dilakukan.

“Dua unit kren dari pelabuhan dalam tindakan untuk membawa naik lori berkenaan ke tebing,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Azizi berkata mangsa dihantar ke hospital Manjung untuk bedah siasat dan operasi tamat sepenuhnya pada 10.13 pagi.

BACA: Tinggi Sangat, Waktu Berbuka Puasa Burj Khalifa Berbeza-beza

Sumber: Bernama

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma