Siakap Keli
waktu berbuka puasa burj khalifa
Gambar: AFP

Tinggi Sangat, Waktu Berbuka Puasa Burj Khalifa Berbeza-beza

Tinggi Sangat, Waktu Berbuka Puasa Burj Khalifa Berbeza-beza

Pasti anda pernah mendengar nama Burj Khalifa sebelum ini kan? Terletak di Dubai, Burj Khalifa merupakan pencakar langit tertinggi di dunia setakat ini.

Selain menjadi bangunan ikonik untuk tarikan pelancongan dan ruang komersial, Burj Khalifa juga menyediakan unit kediaman mewah untuk didiami.

Tetapi tahukah anda, waktu berbuka di Burj Khalifa itu berbeza-beza mengikut ketinggiannya. Sudah tentu ia berpunca daripada faktor ketinggian bangunan tersebut itu sendiri.

Hal ini disebabkan, tempoh waktu matahari terbenam di altitud tinggi adalah lebih lewat berbanding mereka yang berada di lokasi yang lebih rendah.

Ketinggian jadi faktor waktu berbuka puasa di Burj Khalifa berbeza-beza

Perintah ini dikemukan berdasarkan fakta bahawa semakin tinggi kedudukan seseorang itu, semakin lama masa diperlukan untuk seseorang melihat matahari terbenam. Ini kerana, pada kedudukan lebih tinggi, kawasan yang dapat dilihat oleh mata bertambah luas.

Menurut Ketua Pusat Iftar di Jabatan Hal Ehwal Islam, Dr Ahmed Al Haddad berkata Burj Khalifa memiliki ketinggian lebih daripada 828 meter dan memiliki 160 tingkat.

Waktu berbuka terbahagi kepada tiga

Justeru, waktu berbuka bagi penghuni bangunan itu perlu dibahagikan kepada tiga waktu berlainan. Ia dibahagikan berdasarkan waktu matahari terbenam sebenar yang dilihat oleh mereka yang berada pada ketinggian berbeza.

“Walau di mana jua anda berada, anda perlu menumpukan perhatian kepada waktu sebenar terbenamnya matahari.

“Anda tidak boleh berbuka jika matahari masih cerah dan belum terbenam pada kedudukan anda,” katanya.

Menurut perintah tersebut, mereka yang tinggal di tingkat 80 dan ke bawah, perlu mengikuti waktu berbuka seperti mereka yang berada di daratan.

Manakala mereka yang tinggal di tingkat 81 hingga tingkat 150, waktu berbuka adalah 2 minit lebih lewat selepas azan berkumandang. Waktu solat isyak pada ketinggian ini juga lewat dua minit berbanding waktu di daratan. Bagaimanapun, waktu solah subuh pula masuk dua minit lebih awal.

Bagi mereka yang tinggal pada tingkat 151 dan ke atas, atau pada ketinggian 800 meter ke atas pula, waktu berbuka puasa adalah lewat tiga minit.

Waktu Isyak pada ketinggian ini juga masuk tiga minit lebih lewat manakala waktu subuhnya pula masuk tiga minit lebih awal.

Dr. Ahmed juga berkata, ketinggian ini juga turut mempengaruhi waktu berjaga malam dan waktu untuk mereka bersahur.

BACA: Ngeri, Dukun Pengganda Wang Ditahan, Disyaki Bunuh 12 Orang Pelanggannya

Sumber: The National News UAE, The Guardian, BBC

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma