Siakap Keli
dukun pengganda wang bunuh 12 orang
Gambar: Tribun Muria/Detik News

Ngeri, Dukun Pengganda Wang Ditahan, Disyaki Bunuh 12 Orang Pelanggannya

Ngeri, Dukun Pengganda Wang Ditahan, Disyaki Bunuh 12 Orang Pelanggannya

Seorang bomoh pengganda wang menggemparkan Indonesia apabila perbuatan jenayahnya berjaya dibongkar oleh polis negara republik itu baru-baru ini.

Suspek yang dikenali sebagai ‘Mbah Slamet’ itu ditahan Sabtu lepas di Jawa Tengah selepas disyaki telah membunuh sekurang-kurang 10 orang pelanggannya sejak 2020.

Terkini, Detik.com melaporkan polis mengesahkan korban jenayah bertambah lagi dua orang, menjadikan 12 mangsa dibunuh suspek setakat ini.

Pihak polis ketika ini sedang berusaha untuk mengenal pasti identiti dua mangsa terbaru tersebut.

Dukun pengganda wang disyaki bunuh 12 orang pelanggan

”Secara keseluruhan, yang diketahui setakat ini adalah 12 mangsa. Polis dalam proses untuk mengenal pasti identiti mangsa,” kata jurucakap polis, Hendri Yulianto.

Terdahulu, suspek mengaku telah membunuh 10 orang pelanggannya sejak 2020.

Jenayah sejak 2020, 12 mangsa setakat ini

”Sebelum ini, dari pengakuan suspek, dia mengaku membunuh 10 orang. Jumlah berkenaan sama dengan bukti kami temui. Jenayah itu dipercayai berlaku sejak 2020. Jadi ada beberapa mangsa yang ditemui hanya tinggal tulang,” kata Henri lagi.

Suspek dipercayai menggunakan Facebook untuk mendekati mangsa-mangsanya bagi menawarkan perkhidmatan menggandakan wang.

Dia ditangkap polis selepas dipercayai meracun salah seorang mangsanya, Sabtu lepas. Mayat mangsa tersebut dilapor dikebumikan oleh suspek di ladangnya di Desa Balun, Kecamatan Wanayasa, Kabupaten Banjarnegara.

Susulan penangkapan tersebut, pihak polis berjaya menemui sebuah kubur besar di ladang tersebut, dipercayai menjadi lokasi suspek mengebumikan mangsa-mangsa yang dibunuh.

Isnin lepas, polis berjaya menemui sembilan mayat mangsa, iaitu enam mangsa lelaki dan tiga mangsa perempuan sebelum dikebumikan semula pada Selasa. Kesemua mayat tersebut dikebumikan di tanah perkuburan awam di desa tersebut.

”Mereka dikebumikan semula di sini kerana mayat-mayat mangsa ditemukan di desa ini. Identiti sembilan mayat itu juga tidak dapat dikenal pasti,” kata jurucakap polis desa itu, Imam Sanyoto

Setakat ini, pihak polis hanya dapat mengenal pasti identiti seorang mangsa dan mayat sudahpun diserahkan kepada ahli keluarganya.

BACA: Al-Hilal Bida Messi Secara Rasmi, Tawar Gaji Lebih RM 1.92 Bilion Setahun

BACA: Pembantu Rumah Menangis Gembira, Majikan Pemurah “Suprise” Hadiahkan Tiket Konsert BTS Suga

Sumber: Detik.com

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.