Siakap Keli
pembantu rumah BTS Suga
Kredit TikTok

Pembantu Rumah Menangis Gembira, Majikan Pemurah “Suprise” Hadiahkan Tiket Konsert BTS Suga

Pembantu Rumah Menangis Gembira, Majikan Pemurah “Suprise” Hadiahkan Tiket Konsert BTS Suga

Majikan di Singapura berjaya membuat suprise kepada pembantu rumahnya dengan memberikan tiket konsert BTS Suga idamannya.

Berdasarkan laporan Mothership, pengguna akaun TikTok bernama Kimberlee Ang telah memuat naik perkongsian menarik itu di akaun miliknya.

Muat naik yang dibuat pada 4 April itu memaparkan pengalamannya untuk mendapatkan tiket yang menjadi rebutan peminat penyanyi kumpulan tersebut.

Menerusi muat naik video tersebut, menghadiri konsert Suga merupakan impian Nur, pembantu rumah wanita tersebut.

Memandangkan Nur tidak tahu cara untuk membeli tiket, dia telah meminta Ang untuk membantunya membeli tiket pada 3 April lalu, semasa prajualan keahlian ARMY.

Kredit TikTok

Ubah fikiran sebab tiket terlalu mahal

Bagaimanapun, Nur mengubah fikirannya selepas melihat harga tiket tersebut. Menurutnya harga tiket itu terlalu mahal untuk dibeli olehnya.

Tanpa pengetahuan Nur, Ang terus membelikan tiket tersebut untuknya, sebagai hadiah daripada dia dan adik-beradiknya.

Menurut Ang, ini merupakan pengalaman kali pertamanya yang ‘resah’ ketika mahu mendapatkan tiket sebuah konsert.

Walaupun mendapat nombor lebih daripada 5,600 orang dalam barisan, Ang akhirnya berjaya mendapatkan tiket konsert untuk Nur.

Berdasarkan video muat naik tersebut, Nur dilihat menangis sambil berkata bahawa: “Saya menggigil.”

Ang kemudian membalasnya: “Kamu menggigil, tapi seluruh badan saya berpeluh. Saya tidak pernah membeli tiket sehingga tertekan seperti ini tahu.”

Muat naik perkongsian video itu turut menitipkan pesanan agar Nur menikmati konsert yang bakal dihadirinya kelak.

“Ini semestinya pembelian tiket paling gigih bagi saya. Saya tidak tahu betapa minatnya dia dengan penyanyi ini. Nur, harap kamu suka hadiah dari kami. Terima kasih kerana telah bersama kami selama tujuh tahun. Nikmati konsert pada 18 Jun 2023 ini,” tulis kapsyen muat naik tersebut.

Perkongsian itu telah mendapat tontonan ramai yang teruja dengan konsert yang bakal diadakan kelak. Ramai juga dikalangan penonton meninggalkan komen mereka berkenaan video tersebut.

BACA: Kata Nak Tengok Je, 5 Punca Ramai Tak Nak Keluar Dari Tempat Ni, Normal Kalau Suami Kena Sidai

Antara komen yang mendapat perhatian adalah:

“Anda merupakan majikan yang sangat baik. Semoga tuhan melindungi anda,” tulis seorang pengguna yang mendoakan Ang.

“Ini merupakan hubungan yang sihat. Pembantu rumah juga manusia. Terima kasih kerana membuat ini semua,” tulis seorang lagi pengguna.

“Anda sangat manis dan majikan yang baik. Lebih banyak rezeki akan datang kepada anda,” tulis seorang pengguna yang memuji Ang.

@kimberlee.ang

This must be the most intense ticket purchasing for me. I dunno how quick #army can be! @pjm 🐣 Nur, hope you like your gift from us. Thank you for being with us for 7 years. Party hard on 18th June 2023 at the #sugaconcert #sugaconcerttourasia2023 #sugaagustdtour #armybts

♬ original sound – Kimberlee🌿 – Kimberlee🌿

Sumber: Mothership, TikTok

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka