Siakap Keli

Setiap Kali Raya Mesti Belanja Beribu, Lelaki Bentang Bajet Raya, Lepas Kahwin Jadi Berganda

Hari raya adalah antara hari yang paling menggembirakan, terutamanya buat kanak-kanak. Iyalah, boleh pakai baju baru, makan biskut banyak-banyak, jumpa sepupu sepapat, main mercun depan rumah dan paling best dapat duit raya.

Tapi bila makin meningkat usia, rasa teruja makin tiada. Bukan sebab tak suka bertemu sanak saudara, tapi kerana sibuk memikirkan tanggungjawab yang bakal tiba. Apatah lagi mereka yang bergelar ketua dan menggalas beban kewangan keluarga.

Walaupun ada kalanya rasa tertekan dengan keadaan kewangan, semuanya disimpan sepi dan dikunci rapi demi kebahagiaan ahli keluarga. Baru-baru ini, seorang lelaki berkongsi belanjawan hari rayanya dengan isteri, meluahkan rasa ‘culture shock’ dengan komitmen yang berganda selepas berumahtangga.

Belanja raya jadi dua kali ganda

Dapat gaji, terus buat kira-kira nak balik raya nanti. Fuh, boleh tahan belanja.. Dulu zaman bujang fikir diri sendiri dan duit raya mak ayah je. Lepas kahwin ni, belanja raya jadi double. Dulu baju raya 2 pasang untuk sorang, ni 2 pasang dua orang. Duit raya anak sedara sendiri tujuh orang, anak sedara isteri 8 orang. Bayangkan yang anak sedara 20 orang tu. Fuuh..

Minyak dan tol nak balik kampung sendiri RM150, kampung isteri RM200. Negeri kami sebelah2 je walaupun 3-4 jam perjalanan. (Kalau sorang utara sorang selatan, pergh..)

Kalau masa bujang tak fikir pun biskut raya ni.. Kerja habiskan biskut je kat rumah mak ayah, sekarang kena beli sendiri. Takkan balik kampung tangan kosong kan. Buah tangan untuk adik beradik dan ipar duai lagi.. Orang berbudi, kita kenala berbahasa.

Dulu tak fikir pun kos barang basah. Raya bujang, nak masak apa sangat. Kadang siap ajak kawan lepak kedai mamak. Sekarang dah kahwin, memang tak terlepas la masak2 juadah raya ni. Ada la makanan tetamu boleh jamah datang rumah nanti.

mydin mbsb

Lagi banyak memberi, lagi murah rezeki

Bagaimanapun ujarnya, musim perayaan inilah peluang untuk banyakkan bersedekah kepada ahli keluarga selain mengeratkan silaturrahim.

Gayat tu gayat jugak tengok perbelanjaan. Tapi ni la peluang bersedekah sebenarnya. Bila lagi nak berkumpul ramai2 macam ni. Masa ni la nak tanya khabar sesama sendiri, bagi ahli keluarga happy dan bantu membantu kalau ada saudara mara yang susah. Lagi banyak kita beri, lagi murah rezeki. InsyaAllah.

*Sekadar luahan lelaki pertama kali jadi suami.

Jimat belanja raya, dapatkan e-baucar RM100 untuk shopping di Mydin

Untuk meringankan bebanan dan membantu orang ramai membuat persiapan hari raya, Mydin dengan kerjasama bank MBSB menawarkan promosi bagi anda untuk mendapatkan pembiayaan mudah dengan tawaran hadiah e-baucar tunai hingga RM300.

Sepanjang kempen daripada 15 Mac hingga 31 Mei ini, pelanggan yang memohon dan berjaya mendapatkan pinjaman akan mendapat e-baucar Mydin bernilai RM100, RM200 dan RM300, dengan pembiayaan minimum RM100,000.

Caranya, pelanggan hanya perlu membuat permohonan melalui booth MBSB di cawangan Mydin terpilih berikut,

  • Mydin USJ, Selangor
  • Mydin Seremban 2
  • Mydin MITC, Melaka
  • Mydin Pelangi Indah, Johor
  • Mydin Mutiara Rini, Johor
  • Mydin Meru Raya, Perak
  • Mydin Bukit Mertajam, Pulau Pinang
  • Mydin Taman Saga, Kedah
  • Mydin Tunjong, Kelantan
  • Mydin Gong Badak, Terengganu
  • Mydin Sandakan, Sabah
  • Mydin Petrajaya, Sarawak
  • Mydin Semenyih, Selangor
  • Mydin Taman Batik, Kedah

mydin mbsb

Selain itu, 100 pelanggan MBSB terawal setiap bulan juga bakal mendapat hadiah tunai RM20 apabila membuat transaksi perbankan sehingga 15 Jun ini.

Orang ramai juga berpeluang mendapat RM10 kredit e-wallet bagi 500 pelanggan terawal yang mendaftar dengan MBSB di seluruh negara. Malah, seramai 10 pemenang akan dipilih untuk memenangi RM500 kredit e-dompet MBSB (sehingga 7 Mei 2023) Tertakluk terma & syarat.

mydin mbsb

Amira

Love yourself.