Siakap Keli
tayar pancit lima jari
Kredit: TikTok (@petronaspulaiperdana07)

Tayar Pancit Tapi Tak Reti Pam? Pakcik Ni Ajar ‘Rahsia’ Guna Lima Jari

Tayar Pancit Tapi Tak Reti Pam? Pakcik Ni Ajar Rahsia Guna Lima Jari

Kadang-kadang, masalah akan muncul secara tiba-tiba walaupun pada hari tersebut semua urusan yang dikendalikan berjalan lancar.

Boleh jadi pada hari menguruskan memberi barangan rumah, tayar kenderaan bocor atau pancit sehingga suasana yang tenang bertukar getir.

Lebih-lebih lagi buat mereka yang tidak mahir tentang selok-belok kenderaan, pastinya akan terasa sulit untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Tetapi sekiranya tahu cara-cara mudah dan tips dalam mengendalikan masalah itu, maka ia akan diselesaikan dengan tenang tanpa memerlukan bantuan orang lain.

Cara mudah sekiranya tayar pancit di stesen minyak

Menerusi video tular di media sosial, seorang pakcik yang menggunakan akaun TikTok (@petronaspulaiperdana07) berkongsi kepada awam mengenai cara untuk menyelesaikan masalah tayar pancit di stesen minyak.

Lelaki yang dikenali sebagai Pak Haji itu mengambil inisiatif untuk membantu orang ramai yang menghadapi masalah tersebut dengan menggunakan cara mudah yang sering digunakan olehnya.

“Cara yang paling mudah, tradisi iaitu gunakan lima jari untuk nak tukar tayar pancit.

“Pak Haji belajar turun temurun daripada tuan guru dahulu,” katanya.

Dia menjelaskan bahawa jika tayar pancit di stesen minyak, orang ramai hanya memerlukan lima jari yang dimiliki.

Caranya, angkat tangan dan bawakannya di atas dan kemudian tarik nafas.

Kredit: TikTok (@petronaspulaiperdana07)

“Caranya senang sahaja, kalau tayar pancit di stesen minyak guna lima jari ini.

“Angkat macam ini (ke atas), tarik nafas dan pusing (kemudian panggil) ‘dik, tolong tayar pancit’,” ujarnya dalam video tersebut.

Jika melakukan perkara sedemikian, akan ada yang datang menolong iaitu pekerja di stesen minyak tersebut.

Kredit: TikTok (@petronaspulaiperdana07)

“Guna lima jari, lambai-lambai In shaa Allah mereka datang,” tambahnya dengan nada berseloroh.

Dengan cara mudah tersebut, bukan setakat seorang yang datang malah bagi mereka yang melihat situasi itu juga akan menolong dengan secara tidak langsung.

Reaksi orang ramai

Rata-rata orang ramai terhibur dengan gelagat yang ditunjukkan oleh Pak Haji kerana tidak menyangka video ilmiah itu bertukar menjadi lawak.

Warga maya kemudiannya meninggalkan komen dengan menyatakan Pak Haji mempunyai lawak yang tersendiri dalam mencipta kandungan.

Kredit: TikTok (@petronaspulaiperdana07)

Sesetengah mereka ada yang menyatakan bahawa Pak Haji perlu memasuki rancangan atau uji bakat oleh kerana lawaknya ‘menjadi’.

Kredit: TikTok (@petronaspulaiperdana07)
Kredit: TikTok (@petronaspulaiperdana07)

Saksikan video penuh di bawah ini.

@petronaspulaiperdana07

Pak Haji nak kongsikan cuma guna 5 jari sahaja selesaikan masalah tayar pancit di Petronas Pulai Perdana #petronas #petronaspulaiperdana #pakhajipetronas #kuihrayapetronas #sebarkankebaikan #fyp

♬ original sound – Kuih Raya Petronas – Kuih Raya Petronas

Sumber: @petronaspulaiperdana07/TikTok

BACA: Boleh Ke Pam Tayar Sehingga Tahap Maksimum? Mungkin Ramai Tak Tahu, Ini Jawapannya

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana