Siakap Keli
cerai isteri malam pertama
Gambar: My Travel Backpack

Terkejut Tengok Wajah Isteri Tanpa Solekan, Suami Dakwa Rasa Tertipu Nekad Cerai Isteri Pada Malam Pertama

Terkejut Tengok Wajah Isteri Tanpa Solekan, Suami Dakwa Rasa Tertipu Nekad Cerai Isteri Pada Malam Pertama

Seorang lelaki tergamak menceraikan isterinya beberapa jam selepas berkahwin gara-gara rasa tertipu selepas melihat wajah asli isterinya tanpa solekan, lapor Detik.com.

Kisah tular pasangan dari China tersebut membabitkan seorang lelaki bernama Cao yang bertemu pasangannya yang bernama Trang di media sosial. Cao dilaporkan berusia 30 tahun, manakala Trang berumur 47 tahun.

Walaupun mempunyai perbezaan jarak umur yang agak jauh, mereka dilaporkan tetap ingin meneruskan hubungan percintaan tersebut.

Sejak pertemuan pertama mereka, Cao difahamkan terus tertarik dengan penampilan Trang yang cantik, penyayang, yakin dan matang itu. Tambahan pula, latar belakang keluarga mereka juga dikatakan agak serupa.

Selepas bercinta untuk seketika, Cao kemudiannya memutuskan untuk melamar Trang. Perkahwinan Cao dan Trang diadakan secara ringkas di kampung halaman mereka.

Rasa tertipu apabila melihat wajah isterinya tanpa solekan

Pada malam pertama perkahwinan itu, Cao berasa sangat gembira namun akhirnya kebahagian itu lenyap selepas dia melihat wajah asli isterinya tanpa solekan. Cao begitu terkejut apabila melihat wajah sebenar isterinya tanpa mengenakan sebarang alat solek.

Ternyata setiap kali mereka bertemu sepanjang percintaan mereka, Trang akan sentiasa bersolek dan berpakaian rapi. Kemahiran Trang dalam menata rias wajahnya telah membuatkan Cao tidak mengenali wajah asli isterinya itu.

Kejutan itu telah membuatkan Cao rasa tertipu dan akhirnya pada malam tersebut dia meminta cerai lalu menghalau isterinya keluar dari rumah.

BACA: Ada 800 Kedai Pakaian, Ni Tempat Terbaik Korang Beli Baju Raya, Senang ‘Match’ Satu Keluarga

Trang cuba untuk menjelaskan kepada Cao bahawa dia melakukan perkara tersebut kerana mahu kelihatan cantik seperti wanita lain dan memberikan tanggapan baik kepada Cao.

Kerana kecewa dengan sikap suaminya itu, Trang akhirnya memberikan dua pilihan kepada Cao untuk dibuat.

Pilihan pertama, mereka berdua akan mendaftarkan perkahwinan mereka secara sah dan terus tinggal bersama. Pilihan kedua pula, pasangan itu akan bercerai tetapi Cao perlu membayar wang pampasan kepada Trang sebanyak 200,000 yuan (RM127k).

Cao yang merasakan dirinya ditipu serta tuntutan yang diberikan Trang itu tidak masuk akal telah meminta bantuan pihak berkuasa untuk menyelesaikannya.

Pun begitu, tidak dapat dipastikan sama ada pasangan tersebut akhirnya bercerai atau tidak.

Sumber: Detik.com

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka