Siakap Keli
aksi jelik dalam kereta
Kredit Twitter

Polis Berjaya Tahan Pasangan Kekasih Lakukan Aksi Jelik Dalam Kereta

Polis Berjaya Tahan Pasangan Kekasih Lakukan Aksi Jelik Dalam Kereta

Polis dilaporkan berjaya menahan dua orang suspek pasangan remaja yang berkelakuan jelik di sebuah tempat awam di Johor Bahru.

Menurut Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supt Mohd Sohaimi Bin Ishak, penangkapan tersebut dibuat selepas video kelakuan jelik kedua pasangan itu tular di media sosial.

“Pihak polis telah mengesan satu video tular dimuatnaik melalui media sosial berdurasi 23 saat berkait rakaman video perbuatan pasangan berkelakuan melanggar kesopanan di tempat awam,” ujarnya.

Selepas siasatan lanjut dijalankan, polis mendapati kejadian itu berlaku kira-kira jam 3.03 petang pada 29 Mac yang lalu.

Perbuatan itu didakwa telah dilakukan pasangan muda tersebut di dalam sebuah kereta di tempat letak kenderaan di kawasan Taman Kota Masai, Pasir Gudang, Johor.

Bertindak atas maklumat siasatan, polis telah berjaya menahan pasangan tersebut pada 6 April antara jam 4.15 petang hingga 5.15 petang di kawasan Taman Johor Raya dan Taman Kota Masai, Pasir Gudang.

Pelaku masing-masing berusia 22 tahun dan 17 tahun

Berdasarkan kenyataan polis, pelaku merupakan lelaki tempatan berusia 22 tahun bersama seorang lagi remaja perempuan berusia 17 tahun.

Semakan polis mendapati kedua-dua suspek tidak mempunyai sebarang rekod kesalahan jenayah lampau.

Selain penangkapan dibuat, beberapa barangan milik suspek juga telah dirampas oleh polis bagi membantu siasatan.

Antara barangan yang dirampas adalah sebuah kereta jenis Perodua Axia berwarna merah dan sehelai t-shirt warna putih merah.

Kes tersebut sedang disiasat dibawah Seksyen 377D Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh dua tahun.

BACA: Ada 800 Kedai Pakaian, Ni Tempat Terbaik Korang Beli Baju Raya, Senang ‘Match’ Satu Keluarga

Tegasnya, orang ramai diingatkan untuk tidak melakukan sebarang perbuatan yang melanggar undang-undang negara.

“Orang ramai diingatkan agar tidak melakukan perbuatan yang melanggar norma kehidupan dan undang-undang negara. Turut diingatkan agar sebarang maklumat kejadian hendaklah disalurkan kepada pihak berkuasa bagi tindakan lanjt,” kata Mohd Sohaimi.

Aksi jelik dalam kereta

Terdahulu, video perbuatan pasangan tersebut telah tular di media sosial selepas ia dimuat naik oleh seorang pengguna di Twitter. Ia lantas mendapat perhatian pihak polis sebelum tindakan yang sewajarnya diambil.

Sumber: Polis Daerah Seri Alam via Facebook

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka