Siakap Keli
34 roket lubnan israel
Kredit: AFP

34 Roket Dilancarkan Dari Lubnan Ke Israel

34 Roket Dilancarkan Dari Lubnan Ke Israel

Sebanyak 34 buah roket dilepaskan dari bahagian selatan Lubnan pada tengahari Khamis, semalam. Menurut sumber ketenteraan, 25 buah roket berjaya dipintas sistem pertahanan udara, Iron Dome yang terletak pada utara Israel.

Dalam serangan tersebut,ekurang-kurangnya tiga orang mengalami kecederaan dan beberapa bangunan mengalami kerosakan.

Pada waktu malam, beberapa peluru mortar dilancarkan berdekatan Metula, sebuah bandar yang berada di utara Israel. Dalam serangan tersebut, tiada kecederaan dan kerosakan dilaporkan.

Susulan serangan ini, Israel telah menuduh pasukan Hamas yang berpengkalan di Lubnan yang didakwa bertanggungjawab atas serangan pada tengahari semalam.

Sumber rasmi Israel mengatakan, serangan tersebut tidak dapat dijalankan tanpa kebenaran Hezbollah, sebuah parti politik di Lubnan.

Berdasarkan maklumat terkini, pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh dilaporkan berada di Lubanan buat masa sekarang.

Pasukan Pertahanan Israel memaklumkan, lima daripada roket-roket berkenaan mendarat di dalam Israel. Manakala, selebihnya ditujukan ke arah Iron Dome.

Tempat pendaratan bagi empat buah roket pula masih tidak dapat dikenalpasti.

Banyak pihak menunding jari kepada Hamas atas serangan 34 roket yang dilancarkan dari Lubnan ke Israel

Berdasarkan rekod, insiden semalam menyaksikan jumlah roket terbesar dilancarkan dari Lubnan sejak perang pada 2006, ketika ribuan roket dilancarkan ke Israel.

Pada Ogos 2021, Hezbollah didakwa telah melancarkan kira-kira 19 buah roket ke bahagian utara Israel.

Setakat ini, pihak berkenaan tidak bertanggungjawab atas dakwaan yag dilontarkan kepadanya. Menurut sumber Hezbollah yang memberitahu Al-Arabiya, pihaknya tidak terlibat dengan insiden pelancaran roket berkenaan.

Sebaliknya, Hezbollah mendakwa serangan tersebut dilancarkan oleh sekumpulan warga Palestin yang berpengkalan di negara tersebut.

Kenyataan ini disokong badan keselamatan Lubnan yang turut mendakwa, roket terbabit ditembak daripada kawasan kem pelarian warga Palestin di negara itu.

Penilaian yang dikendalikan IDF memberikan hasil yang serupa apabila jurucakap, Daniel Hagari memaklumkan para media bahawa Hamas merupakan entiti yang bertanggungjawab di sebalik serangan roket itu.

Kumpulan militan yang berpengkalan di Gaza tersebut dilaporkan mula berkembang di Lubnan sejak beberapa tahun lalu melalui sokongan daripada Hezbollah.

Hagari berkata, pihaknya mecari bukti penglibatan Iran dalam serangan terbabit namun, mereka mendapati seragan tersebut dijalankan oleh Hamas.

Hamas juga berada di belakang serangan roket dari Gaza selama dua hari lalu, katanya.

Serangan berpunca daripada insiden perselisihan di Masjid Al-Aqsa, Baitulmaqdis

Ketika bersama media semalam, Hagari berkongsi bahawa serangan tersebut berpunca dari video perselisihan antara pihak polis dan warga Palestin di Masjid Al-Aqsa selama dua malam berturut-turut.

Rakaman daripada malam pertama perselisihan tersebut, memaparkan pihak berkuasa mengasari orang awam telah tular di media sosial Palestin.

Serangan pada Khamis itu dibuat hanya beberapa jam selepas Hezbollah berkata, pihaknya akan menyokong “semua langkah” yang mungkin diambil oleh kumpulan Palestin terhadap Israel selepas insiden di Masjid Al-Aqsa, Baitulmaqdis.

BACA: Ringgit Dibuka Rendah Berbanding Dolar AS

Sumber: Times of Israel 

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma