Siakap Keli

“Tiada Raya Mengejut Tahun Ini,” Jabatan Mufti Perak Tunjuk Data Anak Bulan

Kecoh di media sosial selepas beberapa negara termasuk Emiriah Arab Bersatu (UAE) menerusi Persatuan Astronomi mereka menjangkakan Ramadan tahun in hanya 29 hari sahaja.

Namun, ramai salah faham yang mana netizen merasakan jangkaan itu untuk seluruh dunia. Untuk pengetahuan anda, jangkaan Persatuan Astronomi UAE itu terpakai untuk negaranya sahaja.

Negara-negara lain masih perlu merujuk penguatkuasa agama Islam negara masing-masing. Seperti negara Malaysia, masih perlu menunggu dan menghormati pengumuman rasmi Penyimpanan Mohor Besar Raja-Raja.

Jabatan Mufti Selangor sebelum ini telah membuat penafian bahawa 1 Syawal akan jatuh pada hari Jumaat (21 April 2023).

Terkini, Jabatan Mufti Perak juga menyatakan tiada Hari Raya mengejut tahun ini sepertimana yang berlaku pada tahun lepas. Segala penjelasan berdasarkan fakta dan ilmu falak boleh ditonton menerusi video dari akaun TikTok Jabatan Mufti Perak.

@muftiperak

Penjelasan Mengenai Isu Dakwaan Raya Awal 2023M / 1444H #ramadhan1444h #syawal2023 #muftiperak #ramadan #hilal #rayamengejut #fyp

♬ original sound – Jabatan Mufti Negeri Perak – Jabatan Mufti Negeri Perak

Jabatan Mufti Perak juga menasihatkan orang ramai agar bertenang dan fokus untuk memperbanyakkan ibadah sepanjang bulan Ramadan yang mulia ini.

Apa yang penting dan pasti. Hari Raya Aidilfitri akan disambut pada 1 Syawal 1444 Hijrah. Jangan lupa untuk menunaikan zakat fitrah masing-masing.

Sumber: Jabatan Mufti Perak

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)