Siakap Keli
dera anak 10 bulan
Kredit BERNAMA

Ibu Dera Anak Umur 10 Bulan Ditahan

Ibu Dera Anak Umur 10 Bulan Ditahan

KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) — Polis menahan seorang wanita berumur 26 tahun di kediamannya di Petaling Jaya kerana disyaki mendera anak sendiri yang baru berumur 10 bulan sehingga menyebabkan kecederaan fizikal, Khamis lepas.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid dalam kenyataan hari ini berkata kesan lebam dapat dilihat di seluruh badan bayi itu, dipercayai akibat penderaan.

BACA: “Berhabis Beli Baju Sekolah, Terus ‘Standby’ Modal Raya Pula,” Ni Cara Nak Kurangkan Kos Persiapan Raya Sampai 85%

Beliau berkata polis menerima maklumat berhubung kejadian itu selepas menerima laporan daripada petugas Hospital Shah Alam, tempat bayi itu dirawat.

Katanya wanita itu kini direman selama empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Sumber: BERNAMA

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka