MAVCOM Luluskan 527 Penerbangan Tambahan Untuk Musim Raya
Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) melalui Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) telah meluluskan 527 penerbangan tambahan untuk musim perayaan Hari Raya Aidilfitri tahun 2023.
Penambahan berkenaan lebih tinggi sebanyak 43 peratus berbanding kapasiti tambahan yang diluluskan pada musim perayaan Aidilfitri 2022.
Menurut Kementerian Pengangkutan, langkah ini diambil bagi menampung permintaan yang tinggi ketika musim perayaan.
Susulan kelulusan MAVCOM, syarikat penerbangan AirAsia dan Batik Air telah mengumumkan tiket penerbangan tambang tetap pada 7 Mac dan 10 Mac.
Selain itu, pihak berkenaan turut meluluskan penerbangan-penerbangan tambahan lain untuk menampung ketersediaan tempat duduk yang lebih tinggi.
Langkah ini diambil bagi menangani peningkatan permintaan tempat duduk secara mendadak serta memastikan harga penerbangan masih berpatutan.
“Tiket tambang tetap tersebut telah dijual dengan pantas. Malah, tiket tambang biasa turut menyaksikan kadar pembelian yang tinggi dan membawa kepada peningkatan harga bagi tiket yang berbaki.” dalam kenyataan tersebut.
Syarikat penerbangan bajet sahaja tidak dapat menampung keperluaan rakyat Malaysia
Sungguhpun syarikat penerbangan bajet telah menambah kapasiti tetapi masih tidak cukup untuk menampung permintaan yang tinggi.
Bagi menangani isu ini, Kementerian Pengangkutan bersama MAVCOM telah berbincang bersama pihak Malaysia Airlines Berhad (MAB).
“MAB telah bersetuju untuk meningkatkan kapasiti penerbangannya. Tambahan pada itu, 40 penerbangan berjadual MAB akan menggunakan pesawat berbadan lebar Airbus A330 (wide-body) bagi menampung permintaan bagi sektor Kuala Lumpur ke Kuching dan Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu.”
Penambahan kapasiti ini telah membantu dalam menurunkan harga tambang sebelum ini, jelas kementerian tersebut menerusi kenyataannya hari ini.
Tambahnya lagi, sebanyak 527 penerbangan tambahan yang dimohon oleh syarikat- syarikat penerbangan telah diluluskan oleh MAVCOM pada 5 April lalu.
“Ini merupakan tambahan kepada 5,617 penerbangan sedia ada yang telah dijadualkan untuk beroperasi dalam Semenanjung Malaysia, 2,149 antara Semenanjung Malaysia dan Sarawak, serta 2,033 antara Semenanjung Malaysia dan Sabah yang akan dikendalikan oleh semua syarikat penerbangan dalam tempoh yang dinyatakan.”
Pada akhir kenyataan, pihaknya berbesar hati melihat usaha industri penerbangan bagi memudahkan pengguna pulang ke kampung halaman sepanjang tempoh Hari Raya Aidilfitri ini.
Pihak kerajaan turut menghargai jasa syarikat penerbangan, para staf yang terlibat dalam 527 penerbangan tambahan berkenaan.
Kementerian Pengangkutan dan MAVCOM akan terus komited dalam memastikan kapasiti peerbagan mencukupi serta harga tiket yang berpatutan.
BACA: “Mung Sape?”, Pedas, UAI Tegur Sikap Netizen Suka Masuk Campur Urusan Tetapan Hari Raya
Sumber: Kementerian Pengangkutan Malaysia via Facebook