Siakap Keli
Ikan Paus sperma
Gambar: Dicky Bisinglasi / AFP

Ikan Paus Sperma Ditemui Terdampar Di Bali

Ikan Paus Sperma Ditemui Terdampar Di Bali

JAKARTA — Seekor ikan paus sperma jantan berukuran 17 meter (56 kaki) ditemukan mati selepas terdampar di pantai Yeh Leh di daerah Jembrana, Bali Barat, Indonesia petang semalam, lapor AFP.

Menurut pegawai Marin dan Perikanan tempatan, Permana Yudiarso hari ini, paus berkenaan merupakan yang ketiga ditemui terdampar dalam tempoh seminggu.

“Kami sedang berusaha untuk menarik bangkai haiwan itu ke pantai bagi memudahkan ujian nekropsi. Dan kami akan menguburkan mamalia itu selepas ujian selesai.

“Paus ini merupakan yang ketiga telah terdampar di Bali (destinasi popular pelancongan) pada bulan ini sahaja,” katanya kepada AFP.

Tambah Yudiarso, hasil siasatan awal pihakya mengesyaki punca kematian haiwan itu adalah disebabkan sakit.

“Ia sama seperti ikan paus yang ditemui terdampar beberapa hari lalu. Badannya kelihatan kurus dan seperti sakit,” ujar Yudiarso lagi.

BACA JUGA: Ikan Paus Sepanjang 41 Kaki Terdampar Mati Mungkin Dilanggar Kapal

Difahamkan, ujian nekropsi sekurang-kurangnya mengambil masa tiga minggu untuk selesai. Namun pakar forensik mendapati terdapat sedikit pendarahan dalam paru-paru ikan paus itu dan kolonnya dipenuhi cecair.

Sementara itu, pihak polis tidak membenarkan orang ramai memasuki lokasi berkenaan untuk mengelak daripada berlaku sebarang kes mencuri daging atau anggota badan mamalia tersebut.

Kejadian Paus Terdampar 

Sebelum ini pada Rabu lalu, seekor paus sperma jantan sepanjang 18 meter juga ditemukan terdampar di daerah Klungkung, di pantai timur Bali.

Manakala pada 1 April, bangkai seekor ikan paus turut ditemui terdampar dalam keadaan telah reput oleh penduduk tempatan di pantai di Tabanan. Bangkai tersebut dipercayai seekor ikan paus Bryde yang mempunyai berat lebih dua tan dan sekitar 11 meter panjang.

Pada hari Rabu, seekor paus sperma jantan sepanjang 18 meter terdampar di daerah Klungkung, di pantai timur Bali.

Terdahulu, seekor paus sperma ditemui mati di Indonesia dengan lebih 100 cawan plastik dan 25 beg berada di dalam perutnya. Ia menimbulkan kebimbangan berkaitan masalah lambakan sampah di laut di kepulauan Asia Tenggara itu.

Sumber: AFP via RTL Today

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?