Siakap Keli
Himalaya Hilang Glasier 570 Juta Gajah
Gambar: AFP

Himalaya Hilang Jisim Glasier Bersamaan Berat 570 Juta Gajah – Kajian

Himalaya Hilang Jisim Glasier Bersamaan Berat 570 Juta Gajah – Kajian

Satu kajian mendapati Himalaya kehilangan glasier yang jumlahnya menyamai berat 570 juta ekor gajah, lapor India Today.

Kajian itu menandakan penyelidik berjaya mendokumentasikan jisim glasier yang hilang buat pertama kali. Ini kerana fenomena berkenaan biasanya berlaku di bawah permukaan dan terhalang daripada pandangan mata manusia.

Sebelum ini, saintis tidak dapat memberikan anggaran yang tepat mengenai pencairan glasier kerana satelit tidak dapat melihat apa yang berlaku di bawah permukaan.

Kajian-kajian sebelum ini tidak memasukan anggaran kehilangan jisim glasier kerana data-data yang dikumpul hanya mengira jumlah air yang terbentuk di permukaan. Data-data yang dikumpul tidak mengandungi maklumat berkenaan jumlah air yang menggantikan ais yang cair di bawah permukaan.

Jisim glasier Himalaya hilang seberat 570 juta ekor gajah

Dapatan kajian terbaru ini diperolehi hasil penyelidikan gabungan empat universiti dari Amerika Syarikat, China, United Kingdom dan Austria.

Melalui penyelidikan itu, penyelidik mengemukakan pemerhatian bahawa jumlah jisim keseluruhan glasier Himalaya yang cair adalah 6.5 peratus. Manakala pencairan glasier terpantas berlaku di tengah Himalaya dimana tasik glasier paling banyak terbentuk.

Dapatan kajian berkenaan sangat penting terutama dalam membantu pengurusan risiko dan sumber di kawasan pergunungan berkenaan yang sangat sensitif.

”Kajian ini mempunyai implikasi yang sangat besar dalam memahami impak kepada sumber air serantau dan banjir yang berpunca daripada pencairan glasier,” kata wakil penyelidik.

Data dari 2000 hingga 2020

Daripada 2000 hingga 2020, tasik proglasiel di rantau itu meningkat sebanyak 47 peratus. Luas kawasan juga meningkat sebanyak 33 peratus dan pertambahan isipadu sebanyak 42 peratus.

Hasil peningkatan ini, penyelidik menganggarkan jumlah jisim glasier yang cair adalah menyamai jisim 570 juta gajah. Secara perbandingan, jumlah berkenaan 1000 kali ganda lebih tinggi daripada jisim keselurahan gajah yang hidup di Bumi.

Kumpulan penyelidik itu menjangkakan kehilangan jisim glasier di Himalaya akan terus meningkat di masa hadapan.

Dalam pada itu, Washington Post melaporkan satu kajian mendapati bahawa peningkatan suhu sebanyak 1.5 darjah melepasi tahap pra-industri memberi impak yang sangat buruk kepada Bumi.

Jika berlaku, dianggarkan sekitar 104,000 daripada 215,000 gunung ais akan mencair dan meningkatkan paras laut global sebanyak 4 inci.

BACA: “Sold Out” Terpantas, 13,000 Botol Sambal Nyet Terjual Dalam Masa 2 Minit

Sumber: WION News / Washington Post

Mohd Raimi Ismail

peace on earth