Siakap Keli
pak haji stesen minyak
Kredit: @petronaspulaiperdana07/Tiktok

Pak Haji Kongsi 3 Cara Mudah Buka Stesen Minyak

Pak Haji Kongsi 3 Cara Mudah Buka Stesen Minyak

Sebelum memulakan perniagaan, terdapat beberapa perkara asas yang perlu diambil tahu termasuk barangan yang ingin dijual, lokasi dan cara untuk memulakannya.

Penting untuk jenis perniagaan yang ingin dilakukan kerana ia boleh bertukar menjadi aset yang paling berguna di masa hadapan.

Oleh hal yang demikian, seorang individu yang menggelarkan dirinya ‘Pak Haji’ (@petronaspulaiperdana07) mengambil peluang berkongsi kepada orang ramai berhubung cara bagaimana mahu membuka stesen minyak.

Pak Haji berkongsi perkara itu susulan seorang individu mengajukan soalan tersebut di laman TikToknya baru-baru ini.

Dia meminta Pak Haji untuk berkongsi kepada umum langkah-langkah yang diperlukan untuk membuka stesen minyak.

Individu tersebut melontarkan soalan itu susulan Pak Haji sendiri adalah merupakan pemilik sebuah stesen minyak yang terletak di Pulai Perdana, Johor.

“Pak Haji, share cara nak buka kedai pam minyak,” kata individu itu.

Tiga cara untuk buka stesen minyak

Dengan ‘menurut perintah’, Pak Haji kemudiannya berkongsi terdapat tiga cara yang boleh dilakukan sekiranya mahu memulakan perniagaan stesen minyak.

“Macam mana nak jadi tauke stesen minyak, nak jadi dealer dan pengusaha stesen minyak. Itulah persoalan yang saya terima daripada kawan-kawan.

BACA: “Petang Sikit Make-up Dah Pecah,” 5 Rutin Wajib Buat Dari Sekarang Kalau Nak Kulit Cantik Masa Raya

Iklan di surat khabar
Kredit: @petronaspulaiperdana07/Tiktok

“Sebenarnya ada tiga cara. Yang pertama, rajin-rajin baca surat khabar, tengok di bahagian iklan.

“Syarikat minyak-minyak ini dari masa ke semasa akan mengiklankan yang memerlukan pengusaha stesen minyak,” katanya.

Kemudian sekiranya seseorang itu mempunyai tanah sendiri di tempat yang strategik, pemilik tersebut boleh mengusulkannya kepada syarikat minyak.

Tanah
Kredit: @petronaspulaiperdana07/Tiktok

“Yang kedua, kalau kita ada tanah, bapa mertua dan isteri ada tanah di tempat strategik, kita majukan kepada syarikat minyak,” ujarnya.

Cara yang terakhir iaitu yang ketiga, dengan mengeluarkan modal sendiri.

Perkara ini diguna pakai sekiranya mereka mempunyai modal yang cukup kerana dari awal hingga akhir, semuanya merupakan duit keluaran sendiri.

Buat semuanya sendiri
Kredit: @petronaspulaiperdana07/Tiktok

“Ketiga, kita ada tanah kita bina sendiri, kalau ada modallah. Ada modal, kita bina sendiri bangunan itu, semua peralatan dan kita boleh berniaga stesen minyak.

“Kita keluarkan modal dan kita boleh berniaga stesen minyak,” jelasnya.

Dalam pada itu, Pak Haji turut berkata sekiranya mempunyai persoalan dan pertanyaan boleh tanya kepadanya.

“Kalau ada apa-apa pertanyaan, boleh contact pak haji In Shaa Allah kita boleh kongsi pengalaman dan maklumat ini bersama dengan anda semua,” katanya.

@petronaspulaiperdana07

Replying to @budean47 menjawap soalan teman-teman di tiktok #pakhajipetronas #petronas #petronaspulaiperdana #rancakkanraya #kuihrayapetronas

♬ original sound – Kuih Raya Petronas – Kuih Raya Petronas

Sumber: @petronaspulaiperdana07/Tiktok

BACA: Tayar Pancit Tapi Tak Reti Pam? Pakcik Ni Ajar ‘Rahsia’ Guna Lima Jari

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana