Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Lebih 50,000 Mohon Fasiliti Sokongan Akaun Dua KWSP

Nur Syahirah Zainoor Hisham
Lebih 50,000 Mohon Fasiliti Sokongan Akaun Dua KWSP PUTRAJAYA, 12 April (Bernama) -- Seramai 59,230 orang telah memohon Fasiliti Sokongan Akaun Dua (FSA2) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) setakat semalam sejak dibuka pada 7 April, dengan hanya 27,705 sahaja daripada jumlah itu yang layak, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan.
Kredit: Bernama

Lebih 50,000 Mohon Fasiliti Sokongan Akaun Dua KWSP

PUTRAJAYA, 12 April (Bernama) — Seramai 59,230 orang telah memohon Fasiliti Sokongan Akaun Dua (FSA2) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) setakat semalam sejak dibuka pada 7 April, dengan hanya 27,705 sahaja daripada jumlah itu yang layak, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan.

“Mereka yang tidak layak itu kerana umur mereka di bawah 40 tahun, kerana kita dah maklumkan bahawa hanya yang berumur 40 ke atas yang layak,” katanya kepada media selepas mengadakan lawatan ke Jabatan Akauntan Negara (JANM) di sini hari ini.

FSA2 ialah satu kemudahan yang bertujuan membantu ahli KWSP mendapatkan pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan. Setakat ini, dua bank mengambil bahagian dalam FSA2 iaitu MBSB dan Bank Simpanan Nasional.

FSA2 melibatkan jumlah pembiayaan maksimum RM50,000 (tertakluk kepada baki Akaun 2 KWSP) serta tempoh pembayaran balik hingga 10 tahun.

Antara syarat yang ditetapkan ialah pemohon mesti mempunyai jumlah minimum RM3,000 dalam Akaun 2 KWSP.

“Kita tak kata apabila kita tak benarkan, maka tak boleh keluar KWSP. KWSP masih lagi boleh dikeluarkan. Ada lima perkara yang boleh dikeluarkan untuk Akaun 2 KWSP. Akaun 1 memang tidak dibenarkan untuk pengeluaran kerana ia adalah khas untuk tujuan persaraan,” katanya.

Ahli Parlimen Titiwangsa Datuk Seri Johari Abdul Ghani sebelum ini dilaporkan berkata adalah lebih mudah membenarkan orang ramai mengeluarkan simpanan KWSP berbanding menggunakannya sebagai sandaran permohonan pinjaman.

Sementara itu, Ahmad berkata setakat 31 Dis lepas, jumlah aset dan liabiliti yang telah diakaunkan di Sistem Bersepadu Pengurusan Kewangan dan Perakaunan Kerajaan Persekutuan adalah berjumlah RM2.85 trilion.

Beliau berkata JANM ketika ini masih meneliti dan mencari aset-aset kerajaan Persekutuan dalam bentuk pelaburan, harta dan pelbagai bentuk lain.

“Tahun ini kemungkinan kita dapat RM30 bilion aset lagi untuk diakaunkan,” katanya dan menambah majoriti aset itu berada di dalam negara.

BACA: Jenama Kesukaan ‘Mak-mak’, Tupperware Beri Amaran Mungkin Bangkrap

Sumber: Bernama