Siakap Keli
Kredit IPD Kulai

Polis Buru Dua Tahanan Indonesia Yang Lolos Ketika Dalam Perjalanan Ke Penjara

Polis Buru Dua Tahanan Indonesia Yang Lolos Ketika Dalam Perjalanan Ke Penjara

JOHOR BAHRU, 12 April (Bernama) — Polis sedang memburu dua tahanan lelaki warganegara Indonesia yang melarikan diri semasa dalam perjalanan dari Mahkamah Kota Tinggi ke Penjara Ledang di Jalan Felda Inas menghala ke Sengkang, pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Kulai Supt Tok Beng Yeow berkata tahanan tersebut dikenali sebagai Riki Rinaldi, 40 dan Samirudin, 36.

Menurut beliau kedua-dua tahanan bersama dua lagi tahanan warganegara Indonesia itu sepatutnya menjalani hukuman penjara selama enam bulan di Penjara Ledang setelah didakwa di Mahkamah Kota Tinggi bagi pertuduhan di bawah Seksyen 5(2) Akta Imigresen 1959/63 pada pukul 8 pagi semalam.

“Kesemua mereka ditangkap oleh pihak Anggota Penguatkuasa Maritim Malaysia kerana dipercayai tidak mempunyai pas atau dokumen yang sah masuk ke Malaysia.

“Pada pukul 11.20 pagi, seramai tiga anggota Maritim Malaysia telah ditugaskan membawa empat tahanan warganegara Indonesia dari Mahkamah Kota Tinggi ke Penjara Ledang setelah selesai pertuduhan.

BACA: “Berhabis Beli Baju Sekolah, Terus ‘Standby’ Modal Raya Pula,” Ni Cara Nak Kurangkan Kos Persiapan Raya Sampai 85%

“Semasa dalam perjalanan, dua tahanan telah berjaya membuka gari berantai dan membuka pintu belakang van dan kemudian melarikan diri ke dalam kebun kelapa sawit terbiar berhampiran, di Jalan Felda Inas menghala ke Sengkang,” katanya dalam kenyataan lewat malam tadi.

Tok berkata, susulan itu Op Tutup dijalankan dan pasukan anggota risikan dan operasi Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai sedang giat mengesan kedua-dua suspek.

“Pihak polis daerah Kulai meminta kerjasama orang awam sekiranya mempunyai maklumat berkenaan suspek yang melarikan diri itu untuk menghubungi bilik gerakan daerah Kulai di talian 07-6637222,” katanya.

Sumber: BERNAMA

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka