Siakap Keli
internet

Berdesup Lepas Buat Ni, 5 Taktik Paling Berkesan Lajukan Internet Telefon Tanpa Perlu Bazir Duit

Dalam era globalisasi masa kini, internet sudah semestinya menjadi antara perkara terpenting yang semua orang perlu ada sekarang. Mana taknya, pelbagai jenis urusan boleh dilakukan dengan pantas dan efisien hanya dengan menggunakan internet, termasuk untuk hubungan seharian.

Sungguhpun begitu, ada pelbagai cabaran yang ramai orang masih perlu hadapi ketika mereka mahu menggunakan kemudahan internet ni. Sebagai contoh, sambungan internet yang amat perlahan dan selalu tersekat-sekat. Masalah sebegini menjadi semakin menyakitkan hati bila kita perlu menggunakan sambungan internet tersebut untuk menyelesaikan perkara penting.

Lebih-lebih lagi bila sambungan internet bermasalah ini terjadi dekat telefon pintar. Nak hantar gambar kat WhatsApp pun jenuh loading lama-lama. Korang mungkin belum tahu, tapi sebenarnya ada cara atau taktik paling berkesan yang korang boleh buat tanpa menyalahi undang-undang untuk lajukan sambungan internet yang korang guna sekarang dekat telefon pintar korang tu.

Antara cara atau taktik paling berkesan korang boleh guna adalah seperti berikut:

1) Bersihkan Cache

Untuk bagi korang mudah faham, cache ini sebenarnya ialah pengumpulan salinan data yang terjadi kepada nilai asal yang disimpan di tempat lain ataupun yang telah dikira terdahulu.

2) Buang Widget Atau Aplikasi Yang Guna Internet

Ramai yang mungkin tidak mengambil kira faktor sebegini. Tetapi, pengumpulan widget atau aplikasi yang guna internet di dalam telefon hanya akan melambatkan lagi kelajuan internet.

3) Refresh Internet (Off Mobile Data, On Semula, Guna Flight Mode)

Ini cara yang paling mudah untuk dilakukan oleh korang semua yang menggunakan sambungan internet dekat telefon bimbit. Hanya tiga langkah mudah je untuk korang ikut. Tutup dahulu sambungan internet tersebut, kemudian buka semula. Boleh juga guna Flight Mode.

4) Ubah Setting Internet (Pilih 5G Bagi Yang Ada, Tetapkan Satu Jenis Saja, Jangan Auto)

Ramai orang tahu yang korang boleh mengubah sendiri setting internet dekat telefon bimbit korang kan. Untuk memudahkan, tetapkan sahaja setting tersebut pada 5G pada yang ada dan elakkan sama sekali menetapkan setting internet tersebut pada Auto kerana ia merugikan.

5) Guna Pelan Pascabayar Atau Prabayar Yang Sedia 5G Dengan U Mobile

Sape je yang tak kenal kan dengan telco U Mobile ni. Memang dah ramai dah pun sebenarnya guna telco U Mobile sebab harganya berpatutan. Guna pelan U Mobile, baru dapat internet laju.

Haaa, berikut lah antara cara atau taktik yang korang boleh lakukan sendiri untuk mendapatkan sambungan internet yang lebih stabil dan pantas dekat telefon bimbit korang tu. Cuba lah nanti.

Pelan U Mobile 5G Tapi Harga Paling Berbaloi

Kalau korang nak tahu, kelajuan 5G bagi mana-mana telco ni adalah sama sahaja, apa yang membezakan mereka semua hanyalah harga. Percayalah yang U Mobile saja yang mampu tawarkan harga yang paling rendah. Sebab tu lah bila bercakap je tentang U Mobile ni, korang semestinya dah terfikirkan ayat penjimatan dalam kepala korang kan. Memang betul pon apa korang fikir tu sebab U Mobile ada tawarkan pelan internet yang amat berbaloi untuk semua.

Ada dua jenis pilihan internet yang korang boleh pilih apabila korang nak langgan U Mobile ni tau. Pertamanya adalah pelan pascabayar (postpaid) dan juga pelan prabayar (prepaid). Dua-dua ada kelebihan masing-masing.

Kalau korang adalah pengguna postpaid, U Mobile ada pelan Unbeatable U Postpaid 38, 68 dan 98 yang menawarkan sehingga 1,000GB data pantas 5G. Paling best, korang boleh gunakan semua data korang sebagai hotspot dengan Ultra Hotspot 5G tanpa caj tambahan! Kalau korang jenis yang banyak guna wifi, pilihlah U Postpaid 38. Cuma dengan RM38/bulan, boleh enjoy 60GB data 5G dengan Ultra Hotspot 5G. Ada unlimited call sekali, memang terpaling berbaloi!

Untuk yang lebih suka top up setiap bulan sebab nak rancang bajet, jangan risau. U Mobile ada pelan Prepaid U25, U25 dan U40 untuk korang pilih. Semua pelan prepaid yang mesra dompet ni bukan saja ada data dan panggilan tanpa had, tapi korang juga boleh ‘ghaso-ghaso’ berdesupnya data pantas 5G melalui MyUMobile App secara percuma. Pengguna U25 boleh tebus Daily Speed Booster, manakala pengguna U35/U40 boleh enjoy Unlimited 5G Weekends. 

Macam mana dengan pakej peranti 5G? Mestilah ada. U Mobile sediakan dua pilihan jimat iaitu UPayLater dan USaveMore untuk korang dapatkan telefon 5G terkini dengan lebih mudah dan jimat. Korang boleh pilih UPayLater untuk ansuran tanpa faedah, atau ambil pakej USaveMore kalau nak dapatkan telefon idaman dengan rebat kencang, konfem jauh lebih murah daripada harga pasaran.

Kebaikan Menggunakan 5G Untuk Telefon Bimbit

Penggunaan sambungan 5G ni sesuatu yang baru dan mungkin tak ramai yang tahu apa kebaikannya kan. Untuk korang mudah faham, ini beberapa kebaikan yang boleh dapat:

1) 10X Hingga 100X Lebih Laju

Internet kelajuan ultra untuk memuat naik dan juga memuat turun data yang besar dengan pantas.

2) 5X Respon Lebih Pantas

Korang dapat menghantar dan menerima maklumat dengan lebih efisyen.

3) 1000X Lebih Sambungan

Rangkaian yang lebih besar dan kuat dengan sejuta peranti terhubung untuk setiap kilometer persegi.

4) 5X Lebih Kecekapan Tenaga

Lebih penjimatan tenaga berbanding generasi sebelumnya.

Seronok kan bila dapat tahu semua kebaikan menggunakan 5G untuk telefon bimbit korang ni. Tunggu apa lagi, dapatkan sahaja pelbagai pilihan pelan daripada telco U Mobile ni sekarang.


Nor Fakhry