Bernilai RM1.4 Bilion, Gamuda Beli Ibu Pejabat Deutsche Bank Di London
Firma Pembinaan Malaysia, Gamuda Bhd. dilaporkan telah membeli ibu pejabat Deutsche Bank di London. Pembelian tersebut dianggarkan bernilai kira-kira £257 juta (RM1.4 bilion).
Difahamkan, Gamuda telah berkerjasama bersama sebuah firma ekuiti swasta UK, Castleforge dalam usahanya untuk mengambil alih Winchester House.
Syarikat itu dilapor merancang untuk mengubahsuai premis berkenaan kepada sebuah pejabat yang mapan bagi insititusi kewangan dunia, firma undang-undang dan syarikat teknologi.
Manakala, pajakan terkini bagi Deutsche Bank terhadap pemberi pinjaman Jerman dijangka berakhir pada April 2024. Perkara ini berikutan pemindahannya ke ibu pejabat baharu di Moograte tahun ini.
“Winchester House adalah pemerolehan mercu tanda. Kita akan melihat ruang ini ditransformasi menjadi sebuah tempat yang mapan dan banyak kemudahan,” kata Michael Kovacs, pengasas Castleforge.
Pasaran hartanah komersial Britain telah meningkat sejak kebelakangan ini. Hal ini disebabkan peningkatan kadar faedah yang telah mengurangkan jurang antara hasil hartanah utama dengan bon yang dikeluarkan kerajaan.
Walau bagaimanapun, bangunan baharu dengan memiliki nilai persekitaran tinggi dan pajakan jangka masa panjang telah mengatasi jenis hartanah lain.
Perkara ini disebabkan kecenderungan para pelabur untuk mencari perlindungan ketika ekonomi semasa mengalami inflasi.
BACA: Ahli Politik Kantoi, Didakwa Leka Tengok Porno Ketika Dewan Bersidang
Dalam pada itu, Deutsche Bank bakal berpindah ke ibu pejabat baharu yang telah dibeli dengan harga £809 juta (RM4.4 bilion) tahun lepas. Pembelian tersebut selepas mendapat potongan harga daripada nilai asalnya.
Land and Securities Group Plc (Landsec) telah menandatangani kontrak berkenaan pembangunan pejabat baharu berkenaan pada kadar 9 peratus diskaun.
Diskaun tersebut diberikan berdasarkan penilaian pada Mac 2022. Ia turut berpotensi menghasilkan keuntungan pembangunan sebanyak £145 juta (RM793.7 juta).
Deutsche Bank telah menandatangani surat pajakan selama tempoh 25 tahun bagi hartanah baharunya yang berkeluasan 568,500 kaki persegi pada 2017.
Pihak tersebut dilaporkan membayar sewa sebanyak £38 juta (RM207.33 juta) setahun. Landsec kelihatan masih belum menamatkan proses pembangunannya disebabkan tertangguh sewaktu krisis pandemik.
Ketika krisis tersebut, para kontraktor terpaksa mengurangkan bilangan pekerja pada tapak projek untuk amalan penjarakan sosial.
BACA: Sejauh 22,387km, Ini Mungkin Laluan Terpanjang Boleh Dilalui Dengan Berjalan Kaki
Sumber: Bloomberg