Siakap Keli
ahli politik kantoi tengok porno
Kredit: NDTV

Ahli Politik Kantoi, Didakwa Leka Tengok Porno Ketika Dewan Bersidang

Ahli Politik Kantoi, Didakwa Leka Tengok Porno Ketika Dewan Bersidang

Sebuah video memaparkan seorang ahli politik di India didakwa menonton video lucah semasa sesi parlimen berlangsung menjadi tular baru-baru ini.

Kejadian memalukan itu dilapor telah mengundang kemarahan dan ahli politik itu turut menerima kecaman teruk daripada orang awam.

Menurut laporan NDTV, ahli politik berkenaan dilapor mewakili kawasan Bagbassa yang terletak di timur laut India. Klip berkenaan dipercayai dirakam oleh beberapa individu yang duduk di kerusi di belakangnya.

Berdasarkan video tular tersebut, ahli politik berkenaan dilihat leka menatal skrin telefon sebelum berhenti dan memainkan satu video dipercayai video lucah.

Ahli politik kantoi tengok porno, dikecam orang awam

Ketika kejadian, parlimen dikatakan sedang membincangkan isu penting melibatkan belanjawan negara. Dapat didengar suara beberapa individu di dalam dewan dipercayai sedang berbahas tentang belanjawan berkenaan.

Dalam pada itu, Speaker Parlimen, Biswabandhu Sen turut mengulas tentang kejadian tersebut kepada media.

 

“Kebanyakan perkara boleh tular di media sosial. Saya tidak boleh bertindak tanpa berlandaskan apa-apa fakta. Saya juga tidak menerima apa-apa aduan mengenainya,” katanya.

Manakala pimpinan tertinggi parti politik yang diwakilinya dilapor telah meminta ahli politik tersebut memberikan penjelasan. Namun setakat, tiada sebarang kenyataan diberikan oleh ahli politik tersebut.

Berdasarkan sumber, beliau telah meninggalkan kawasan tersebut sejurus sesi parlimen tamat.

Untuk makluman, ini bukanlah kali pertama ahli politik di India didakwa menonton kandungan lucah di dalam parlimen.

Pada 2012, dua menteri daripada pentadbiran negeri di Karnataka dipaksa untuk meletak jawatan selepas didapati menonton klip lucah menerusi telefon pintar ketika sidang berlangsung.

Walau bagaimanapaun, kedua-duanya kemudiannya dilantik semula oleh partinya selepas didapati bersih dari sebarang salah laku.

Mufti menjelaskan hukum menonton bahan-bahan lucah

Berdasarkan Irsyad Al-Fatwa Ke-10: Ketagihan Video Lucah, Mufti Wilayah Persekutuaan mengatakan hukumnya adalah haram.

Hal ini disebabkan, penganut agama Islam dilarang daripada melihat aurat orang lain apatah lagi, bahan yang bersifat lucah atau pornografi.

Bagi mengelakkan perkara tersebut, pihaknya menasihati golongan yang ketagih agar menggantikan amalan tersebut dengan amalan yang lebih baik.

Antaranya, membaca al-Quran atau mendengar ceramah agama yang bermanfaat. Selain itu, individu yang ketagih disarankan untuk tidak duduk bersendirian dan cuba bersahabat dengan rakan-rakan yang boleh membawa ke arah kebaikan

BACA: Pelajar Tingkatan Dua Maut, Kemalangan Dengan Lori Buat “U-turn”

Sumber: NDTV

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma