Siakap Keli
tips posing gambar raya
Kredit BERNAMA, Photography

Sesuai Untuk “Family” Ramai, Ini 6 Tips “Posing” Untuk Gambar Raya

Sesuai Untuk “Family” Ramai, Ini 6 Tips “Posing” Untuk Gambar Raya

Pejam celik pejam celik, Hari Raya Aidilfitri atau pun 1 Syawal bakal kunjung tidak lama lagi. Pasti ramai sedang sibuk membuat persiapan Raya untuk meraikan kemenangan selepas sebulan berpuasa menahan lapar dan dahaga.

Bagi Syawal tahun ini, kemeriahan pastinya dirasai selepas kita meraikan secara sederhana beberapa tahun kebelakangan ini akibat wabak Covid-19.

Bagi mereka yang mempunyai keluarga yang besar, Raya tahun ini dijangka akan lebih meriah kerana dapat berkumpul bersama-sama.

Selepas dapat berkumpul bersama beramai-ramai, pasti mahu mencipta kenangan dengan bergambar bersama bukan?

Tapi disebabkan mempunyai keluarga yang besar ia menjadi sedikit sukar untuk mendapatkan gambar yang menarik.

Jangan risau, TipsSK pada hari ini akan berkongsikan ‘pose’ menarik yang boleh anda buat untuk bergambar bersama keluarga besar anda. Mari ikuti tips menarik ini dibawah.

Kaedah ‘pose’ segi tiga

Untuk keluarga yang mempunyai lebih daripada empat orang, peraturan bergaya tiga segi adalah sangat sesuai.

Apakah yang dimaksudkan dengan ‘pose’ kaedah segi tiga?

Gaya ini dibuat dengan meletakkan kedudukan ahli keluarga sama ada duduk dan berdiri dalam kedudukan yang tidak sama rata.

Kredit Photography

Jika dilukis dengan garis khayalan yang menghubungkan kepala antara anggota, ia akan membentuk bentuk segi tiga. Kaedah ini berguna supaya gaya keluarga tidak bertindih dan menutup muka masing-masing.

Gaya ibu bapa berada di tengah

Untuk gaya ini, anda boleh meletakkan ibu bapa atau orang yang lebih tua berada di kedudukan tengah keluarga. Ibu bapa sebagai titik fokus adalah bagus bagi mana-mana kaedah menangkap gambar.

Susunan itu boleh dibuat diikuti dengan meletakkan ahli keluarga yang lebih tinggi di sebelah ibu bapa. Untuk kanak-kanak yang lebih kecil, anda boleh gayakan dengan meletakkan mereka di kedudukan gaya segi tiga.

Gerak badan

Selepas meletakkan kedudukan yang betul, maka jangan lupa tentang gerak badan untuk memberikan kehangatan dalam gambar keluarga.

Contohnya dengan berpegangan tangan, meletakkan tangan di bahu, meletakkan tangan di lengan atau bersandar antara satu sama lain.

Kredit Shutterstock

Memberi perhatian terhadap gerak badan dalam gaya gambar keluarga dapat memberikan kehangatan dan kebersamaan yang lebih mendalam.

Jangan lupa bergambar dengan memberikan senyuman yang ceria dan mesra.

Menggunakan kerusi

Pada hari Raya nanti, seisi keluarga yang ramai akan berkumpul. Sekiranya anda mempunyai ahli keluarga yang agak ramai, sudah tentu agak rumit untuk menetapkan gaya tema bergambar.

Kredit Barret & Co

Tetapi anda boleh mengatasinya dengan bantuan prop seperti kerusi, supaya keseluruhan gaya kelihatan lebih kemas.

Menggunakan kerusi untuk bergambar juga membantu memberikan helah agar gambar kelihatan lebih ideal.

Sebagai contoh, terdapat beberapa ahli yang tinggi kemudian gunakan kerusi sebagai helah dapat menjadikan gambar keluarga lebih menarik.

Guna gaya yang semula jadi

Apabila mengambil gambar keluarga, cuba untuk tidak bergambar hanya dengan satu gaya sahaja.

Luangkan masa untuk mengambil gambar dengan gaya semula jadi, secara bebas mengikut kehendak anda.

Kredit Kompas

Gaya ‘candid’ juga boleh menjadi pilihan yang tepat untuk digunakan semasa bergambar bersama nanti di pagi Raya.

Menggunakan gaya yang lebih semula jadi atau ‘candid’ akan memberi kesan kebebasan yang lebih ceria.

BACA: “Berhabis Beli Baju Sekolah, Terus ‘Standby’ Modal Raya Pula,” Ni Cara Nak Kurangkan Kos Persiapan Raya Sampai 85%

Buat gaya yang menggabungkan pelbagai kombinasi

Bergambar bukan sahaja boleh dibuat dalam satu bingkai sahaja, anda juga boleh menggabungkan gaya dengan mengumpulkan ahli keluarga.

Sebagai contoh, datuk dan nenek dengan semua cucu-cucunya, ahli keluarga bersama pasangan masing-masing, seluruh sepupu bersama dan pelbagai kombinasi lagi.

Cipta kombinasi yang dirasakan mampu memberikan hasil gaya gambar yang menarik.

Bagaiman dengan perkongsian di atas? Diharap ia dapat membantu anda untuk bergambar dengan keluarga tersayang pada pagi Syawal nanti.

Sumber: Kompas

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka