Siakap Keli
Michelle Yeoh Trofi Oscar
Gambar: Instagram @michelleyeoh_official

Tepati Janji, Michelle Yeoh Bawa Pulang Trofi Oscar Untuk Ibu

Tepati Janji, Michelle Yeoh Bawa Pulang Trofi Oscar Untuk Ibu

KUALA LUMPUR —  Selepas sebulan mencipta sejarah di Los Angeles, Tan Sri  Michelle Yeoh dilaporkan telah membawa pulang trofi Oscar ke Malaysia.

Memetik AFP, ia adalah untuk menunaikan janji sewaktu ucapan penerimaan yang disampaikannya tempoh hari.

Pelakon The Everything Everywhere All At Once dalam satu perkongsian di Instagram memaparkan gambar ibunya, Janet Yeo yang memegang trofi emas itu.

“Bawa Encik O pulang… Tanpa kasih sayang dan kepercayaan dan sokongan ibu bapa saya… saya tidak akan berada di sini hari ini. Sayang sangat-sangat,” tulis Yeoh di Instagram.

Bukan itu sahaja, pelakon kelahiran Ipoh itu turut berkongsi gambar piala itu di sebelah pusara ayahnya.

 

Ucapan Yeoh 

Pada bulan lalu, Yeoh telah dinobatkan sebagai pelakon wanita terbaik dalam anugerah itu. Dalam ucapan penerimaannya, Yeoh berkata kejayaan tersebut merupakan hasil sokongan dan dorongan ibunya.

“Saya perlu mendedikasikan kejayaan ini kepada ibu saya dan semua ibu di dunia kerana mereka merupakan wira yang sebenarnya. Tanpa mereka, tiada seorang pun di antara kita yang  akan berada di sini malam ini.

“Dia berusia 84 tahun dan saya akan membawa trofi ini pulang untuknya,” kata pelakon itu.

Kongsi Saat Manis Dengan Ibu

Sejurus memberikan ucapan tersebut di Teater Dolby di Los Angeles, Yeoh telah membuat panggilan video dengan ibunya yang turut menyaksikan majlis itu.

Difahamkan, Janet menyaksikan acara itu secara langsung di ibu kota, Kuala Lumpur.

BACA JUGA: Michelle Yeoh Cipta Sejarah Rangkul Anugerah Oscar

Dalam satu laporan portal berita, Yeoh dijangka bakal mengadakan pertemuan bersama peminat di Pavilion Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada 18 April 2023.

Perdana Menteri Malaysia Ucapkan Tahniah 

Kejayaan yang dikecapi oleh Yeoh turut menarik perhatian Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, lapor Bernama.

Beliau dalam satu ucapan menzahirkan rasa bangga atas kejayaannya pelakon itu dalam merangkul trofi Pelakon Wanita Terbaik pada Anugerah Akademi (Oscar) Ke-95.

Tambah Anwar, beliau menyifatkan Yeoh merupakan pelakon pertama berdarah Asia memenangi anugerah berprestij itu.  Secara tidak langsung mengharumkan nama negata di pentas antarabangsa.

Sumber: CNA

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.