Siakap Keli
anwar elizabeth tan
Kredit: elizabethtan/Instagram

Terlanggar PM Anwar, Elizabeth Tan Mohon Maaf

Terlanggar PM Anwar, Elizabeth Tan Mohon Maaf

Gara-gara terlanggar Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim  secara tidak sengaja, penyanyi Elizabeth Tan membuat permohonan maaf secara terbuka di laman Instagram peribadinya.

Ujarnya, disebabkan begitu teruja, dia secara tidak sengaja telah melanggar bahu Anwar yang berada di belakangnya.

“Teruja sangat dapat jumpa Datuk Seri @anwaribrahim_my sampai saya terlanggar dia.

Omg, saya minta maaf,” memetik kapsyen yang ditulis dalam bahasa Inggeris itu.

Menerusi video yang dimuat oleh Elizabeth atau lebih mesra disapa Lizzy, dia berasa teruja apabila melihat Perdana Menteri itu berada dekat dengan dirinya.

Lizzy yang juga pelakon itu meluahkan rasa gembira sebelum menunjukkan ekspresi terkejut di mukanya apabila Anwar menghampiri di mejanya.

Omg,” katanya ketika melihat Anwar di belakangnya.

Kemudian , Lizzy bangun sebelum jalan berundur mendekati Anwar yang sedang menyantuni tetamu lain yang berada di situ.

Namun secara tidak sedar, Lizzy terlanggar bahu Perdana Menteri itu kerana pergerakan mereka berlawanan dan menyebabkan berlakunya pelanggaran.

Anwar yang dilihat sedang bersalaman dengan mereka yang berada di sekitar Lizzy juga tidak menyedari bahawa pelakon itu telah melanggarnya.

Penyanyi yang popular dengan lagu Setia itu yang terkejut dengan insiden tersebut dan bergerak pantas mengundur ke belakang dan menuturkan perkataan maaf kepada Anwar.

Sorry, sorry,” ujar Lizzy.

Ahli Parlimen Tambun itu juga mengatakan permohonan maaf kerana secara tidak sengaja telah melanggar bahu penyanyi itu.

Difahamkan juga, kejadian berlaku ketika majlis Berbuka Puasa bersama pengamal media dan penggiat seni di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur pada Isnin.

Komen warga maya

Videp tersebut mendapat perhatian warga maya dan telah mencetuskan tanda tanya berhubung siapa langgar siapa ketika kejadian itu.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata meminta untuk Lizzy menurunkan video tersebut supaya tiada isu yang tercetus.

elizabethtan/Instagram

Dalam masa yang sama, Lizzy juga menjawab komentar yang ditinggalkan oleh awam berkaitan dengan pelanggaran yang dikategorikan sebagai ‘sengaja’ itu.

Dia berkata dia mahu mendapatkan video dari sudut dekat apabila berjumpa dengan Anwar di majlis tersebut.

Sementara itu, ada yang mengakui Anwar sememangnya laju dalam pergerakan sekiranya sedang menyantuni rakyat Malaysia.

“Sengaja kan,” kata warga maya itu.

“Tak, saya cuma nak dapatkan close up sedikit tapi tidak terfikir Datuk Seri nak salam orang yang ada dekat depan saya.

“Laju sebab ramai orang, ini kali pertama saya dapat jumpa jadi saya baru tahu situasi itu,” ujarnya.

Sumber: elizabethtan/Instagram

BACA: Anwar Tidak Tolak Ansur Lawan Individu Rompak Kekayaan Negara

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana