Siakap Keli
rekod dunia timang bola
GAMBAR: GUINNESS WORLD RECORDS

Budak 10 Tahun Cipta Rekod Dunia, Timang Bola 8,147 Kali Dalam Sejam

Budak 10 Tahun Cipta Rekod Dunia, Timang Bola 8,147 Kali Dalam Sejam

Seorang kanak-kanak yang memiliki kemahiran menimang bola dengan baik berjaya mencatatkan rekod dunia Guinness baru-baru ini.

Tang Jinfan, 10, yang berasal dari China itu berjaya menimang bola sebanyak 8,147 kali sekaligus berjaya meraih rekod jumlah timangan bola paling banyak dalam tempoh sejam.

Menurut laman web Guiness, Tang mula mengenali sukan menimang bola sejak menyertai kem bola sepak musim panas di sekolahnya. Kemudian, dengan bimbingan jurulatih, Lin Xiaozhong, dia mula mengasah bakat dan menguasai teknik menimang bola dengan lebih baik.

Sejak itu, Tang mempamerkan kemahiran yang menakjubkan dan ketahanan luar biasa mengendalikan bola dalam tempoh yang lama.

Ada rekod peribadi sebelum catat rekod dunia timang bola

Pada September 2022, Tang berjaya mencatatkan rekok 7,056 timangan bola berturut-turut dengan kaki kiri dan kanannya dalam masa 50 minit.

Menurut Lin, dengan rekod tersebut dia percaya Tang mampu mencatatkan rekod dunia menimang bola paling banyak dalam tempoh sejam.

“Dalam kelab bola sepak kami, ramai rakan sepasukan boleh menimang bola lebih seribu kali dengan kedua-dua kaki tetapi saya adalah yang terbaik,” kata Tang.

Mengikut nasihat jurulatihnya, Tang kemudian meletakkan sasarannya untuk memecahkan rekod dunia.

Semasa latihan, Tang akan melakukan senaman untuk memanaskan badan selama setengah jam dan latihan asas bola sepak setiap. Kemudian, dia akan menjalani latihan dua jam perlawanan persahabatan bersama pasukan pada sebelah petang.

Pada hujung minggu pula, dia akan menyertai perlawanan persahabatan dengan pasukan luar bersama pasukannya yang dibimbing Lin.

Dengan kemahiran asas yang selalu diasah secara berterusan, dia dapat meningkatkan pemahamannya dan ilmu dalam bola sepak.

Buat latihan setiap minggu dengan rakan sepasukan

Lin bersama para pemaian akan membuat rumusan selepas perlawanan untuk mengenali sebarang kelemahan yang ada dan membuat persediaan untuk perlawanan seterusnya.

Dalam sukan kompetitif yang sangat sengit ini, Tang bukan sahaja berjaya membangunkan kecergasan fizikal yang sangat baik tetapi juga membentuk wataknya yang berdikari dan kuat.

“Saya suka suasana dalam pasukan. Setiap hari, setiap ahli pasukan mencatatkan kemajuan yang lebih berbaik berbanding hari sebelumnya.

”Bola sepak juga menjadi medan untuk saya mencipta rakan baru. Di dalam pasukan ini, kami boleh bersaing secara sihat antara satu sama lain.

”Sekarang saya tahu bahawa pemenang tidak akan ditentukan sehinggalah wisel penamat dibunyikan. Setiap kelebihan yang ada boleh dinafikan oleh lawan. Oleh itu, setiap orang mesti bertahan sehingga detik terakhir permainan dan tidak boleh berputus asa” ujarnya.

Selain daripada itu, dengan latihan sukan sistematik jangka panjang, Tang juga mempunyai matlamat yang jelas untuk dirinya.

Tang memasang impian untuk menyambung pelajaran di Universiti Shenzhen dan berharap untuk diserap dalam mana-mana pasukan bola sepak profesional. Dia seterusnya berhajat untuk menyarung jersi kebangsaan satu hari nanti.

BACA: Saintis Temui Fenomena Seakan Lantai Laut ‘Bocor’, Keluar Air Seperti Paip

Sumber: Guinness World Records

Mohd Raimi Ismail

peace on earth