Siakap Keli
Lontong Khairul Aming
Kredit Twitter

Meleret Ke Isu Lain, Menu Lontong Khairul Aming Cetus Perdebatan Warga Twitter

Meleret Ke Isu Lain, Menu Lontong Khairul Aming Cetus Perdebatan Warga Twitter

Tular di media sosial Twitter baru-baru ini berkenaan menu lontong yang dikongsikan pempengaruh terkenal Khairul Aming.

Video yang menunjukkan resepi masakan sejenis menu yang dipanggil lontong atau kuah lodeh itu telah mendapat perdebatan hebat oleh warga Twitter.

Perdebatan bermula apabila perkongsian resepi daripada Khairul Aming itu telah mendapat ‘retweet’ dari seorang pengguna yang membetulkan nama sebenar juada tersebut.

Menurutnya, menu yang disediakan oleh Khairul Aming itu adalah nasi impit yang dimakan dengan kuah lodeh, bukannya lontong.

Lontong pula adalah sejenis nasi yang dibungkus kemas dengan menggunakan daun pisang. Selain cara masakan yang berbeza, ia juga kebiasaannya mempunyai saiz berukuran panjang seperti lemang.

Menu masakan yang popular asal dari tanah Jawa, Indonesia ini turut popular di kalangan masyarakat rakyat di negeri Johor.

Kredit Twitter

Perdebatan itu tidak berakhir disitu, sebaliknya ia berlanjutan sehingga melibatkan keputusan SPM seorang pengguna Twitter. Warga Twitter berhujah bahawa ia berkait dengan penggunaan bahasa Melayu itu sendiri.

Difahamkan, bermula daripada perbincangan mengenai menu lontong tersebut, warga maya turut membangkitkan isu-isu melibatkan beberapa juada yang lain.

Antaranya, ada pihak yang membawa isu berkenaan ejaan beberapa nama makanan yang didakwa telah diubah di negara ini.

Isu berkenaan terus meleret dan meleret sehinggalah muncul tweet perkongsian keputusan SPM oleh seorang warga maya.

Susulan itu, ada yang meminta pempengaruh itu untuk berehat seketika daripada berkongsi resepi masakan sehingga suasana tenang seketika.

Jualan ‘sold out’ Sambal Nyet terpantas

Terdahulu, Khairul Aming (KA) sekali lagi menggemparkan negara apabila mencatat rekod ‘sold out’ Sambal Nyet terpantas dalam masa hanya dua minit.

Menurut KA, pihaknya sebelum ini menambah stok Sambal Nyet di laman Shopee sebanyak 13,000 botol pada pukul 1.00 tengah hari tadi.

Menerusi laman Twitter, Khairul Aming (@khairulaming) memaklumkan berita tersebut dengan disertai satu video berdurasi 46 saat hari ini.

Dalam video berkenaan, KA menunjukkan notifikasi pesanan Sambal Nyet yang bertalu-talu masuk di telefon bimbitnya sebaik sahaja produk itu mula dijual.

Ekoran itu, KA dilihat tergaman seketika, seolah-olah tidak menyangka Sambal Nyet mendapat sambutan begitu luar biasa kali ini.

BACA: “Berhabis Beli Baju Sekolah, Terus ‘Standby’ Modal Raya Pula,” Ni Cara Nak Kurangkan Kos Persiapan Raya Sampai 85%

Menurut Khairul Aming, ini merupakan rekod ‘sold out‘ terpantas yang pernah dicapai oleh pasukan Sambal Nyet sejak tiga tahun terlibat dalam perniagaan tersebut.

“Tengah hari tadi kita restock 13,000 botol Sambal Nyet and sold out dalam masa 2 minit. Ni paling laju sold out sepanjang 3 tahun berniaga,” tulis ciapan tersebut.

Sumber: Twitter

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka