Balik Kampung Raya, Ini Tips Pemanduan Jarak Jauh Yang Perlu Diketahui
Tidak kurang dari seminggu, umat Islam di Malaysia dijangka akan menyambut bulan Syawal bagi meraikan sambutan Aidilfitri selepas habis melaksanakan ibadah puasa selama 29 atau 30 hari.
Pada ketika ini, semestinya ramai yang sudah melakukan persiapan seperti membeli pakaian raya selain mengemas dan menghias rumah.
Dalam kesibukan mempersiapkan segala keperluan, mereka juga perlu mengambil tahu mengenai tips atau petua pemanduan jarak jauh agar perjalanan berjalan lancar semasa pulang ke kampung.
Ikuti tips perkongsian daripada @projekhitam berkenaan dengan tips pemanduan jarak jauh yang berkemungkinan memberi manfaat kepada rakyat Malaysia khususnya umat Islam yang nak balik kampung beraya nanti.
BACA: Tampil Bergaya Di Aidilfitri, Ketahui Tips Pilih Warna Baju & Tudung Yang Sesuai
Tips pemanduan jarak jauh (long distance driving)
Servis kereta anda
Hantar ke bengkel awal dan minta untuk ‘basic service’. Lagi lewat anda hantar servis, lagi mahal bengkel akan caj anda. Jika pandai, boleh servis sendiri. Tetapi bagi saya, servis di bengkel lebih cepat dan kemas.
Alatan untuk pemanduan cekap
Dari labur tukar sportrim, kerusi sport, atau wrapping, labur untuk benda ini bagi pemanduan lancar.
i. Cermin belakang

Sekali sudah pakai, anda akan rasa semua kereta patut pakai benda ini. Kalau mata kita boleh tengok jauh dan luas ke belakang, kita boleh nampak lori atau kereta jenis apa yang laju di belakang kita, dan lorong mana mereka masuk.
Menurutnya, makin luas pemandangan yang boleh dilihat, maka ia lebih selamat.
ii. Pemegang telefon
Dapatkan pemegang telefon yang bagus untuk tujuan navigasi. Jenama Baseus pilihan saya sebab sangat statik dan phone jadi sejuk walaupun guna waze 6 jam (faktor aircond).
Paling penting, saya boleh pindah Baseus ni pada mana-mana tempat, sebab dia hanya guna klip.
iii. Klip pemegang tali pinggang kalendar

Pemandu selalu dapat lecet kecil di leher sebab bergeser dengan tali pinggang kalendar dan akhirnya tidak boleh fokus memandu. Dapatkan klip ini untuk keselesaan memandu, terutamanya jarak jauh.
3. Peraturan ‘Line of Fires’ (LOF)’
Dalam tentera, LOF ni adalah istilah untuk laluan peluru musuh. Apabila terkesan LOF, kita perlu elakkan diri sejauhnya. Maksud LOF di sini ialah lori pelbagai saiz, pemandu yang memandu tanpa menggunakan akal dan laluan lane tersebut telalu pack.
Jika depan atau belakang saya ada unsur LOF, saya akan pecut dan keluar dari LOF. Saya akan pastikan elemen LOF itu hilang dari pandangan atau at least berada selang dua atau tiga kereta di belakang saya. Jika OF tu gelincir, risiko saya untuk terlibat berkurang sebab posisi yang jauh.
4. Bonus

Alat keselamatan wajib ada dan dibawa sebelum bergerak ke kampung seperti pam elektrik, jumper wayar dan kamera paparan (dash camera) di kereta. Kebanyakan di pasaran saiz wayarnya jenis besar jadi perlu melakukan ujian sendiri.

Dapatkan kamera sekiranya mempunyai bajet lebih. Dapatkan yang murah dan jika perkara buru berlaku, dash camera akan bantu anda hadapi pihak insurans, polis, peguam, dan hakim.
Semoga tips yang diberikan ini membantu memudahkan perjalanan anda ke kampung.
Since lagi seminggu nak raya, saya nak share few personal tips tentang long distance driving.
Take note fellow drivers. pic.twitter.com/Cim2dtxg3Z
— Projek Hitam (@projekhitam) April 16, 2023
Sumber: @projekhitam/Twitter