Siakap Keli
tips pilih warna baju
Gambar: Bernama & AFP

Tampil Bergaya Di Aidilfitri, Ketahui Tips Pilih Warna Baju & Tudung Yang Sesuai

Tampil Bergaya Di Aidilfitri, Ketahui Tips Pilih Warna Baju & Tudung Yang Sesuai 

Pemilihan warna dalam pakaian memainkan peranan penting tidak kira sama ada lelaki mahupun perempuan. Kombinasi warna yang tepat dapat menyerlahkan lagi diri anda di khalayak ramai.

Berbaki seminggu lagi sebelum ketibaan Syawal, sudah tentu ramai dalam kalangan kita sibuk mencari pakaian baju raya khususnya golongan wanita.

Antara aspek paling penting ditekankan adalah warna pakaian. Hal ini kerana ia perlu melihat kombinasi warna untuk dipadankan bersama tudung.

Sehubungan itu, bagi mereka yang belum mendapat idea warna apa yang sesuai untuk dipadankan bersama baju ketika raya kelak. Mari ikuti kombinasi warna yang boleh dipertimbangkan di bawah ini.

Tujuh Tips Pilih Padanan Warna Tudung & Baju Anda

Pemilihan warna yang sesuai boleh membuatkan seseorang “pening” untuk membuat keputusan secara tepat. Oleh itu, penting bagi mereka untuk mengetahui serba sedikit kombinasi warna berdasarkan roda warna terlebih dahulu.

Tips Matching Warna Tudung Baju
Gambar: The Virtual Instructor

Monokromatik

Monokromatik merupakan gandingan warna terang dan warna gelap dalam satu warna yang sama. Jadi, anda tidak perlu bersusah-payah untuk mencari warna lain untuk dipadankan.

Sebagai contoh, anda boleh mengenakan tudung dengan warna yang lebih gelap. Manakala warna pakaian pula lebih cerah berbanding warna tudung yang dipakai.

Warna Pelengkap (Kontras)

Maksud warna pelengkap ialah warna yang bertentangan antara satu sama lain dalam roda warna. Sekiranya ia dipadankan bersama pakaian dan hijab. Ia menciptakan warna kontras dan kelihatan lebih menarik serta seimbang untuk digayakan.

Antara warna yang popular digayakan bersama termasuklah (hijau dan merah jambu), (ungu dan kuning), (biru dan oren).

Hadkan Penggunaan Warna Dalam Pakaian

Memakai pakaian dengan campuran warna yang banyak menyebabkan ia kelihatan caca-merba.

Oleh itu, kebanyakkan orang hanya mengenakan pakaian dengan dua atau tiga warna sahaja. Jika lebih daripada itu, ia hanya membuatkan anda lebih sukar untuk membuat padanan warna bersama tudung.

BACA JUGA: Kekal Wangi Ketika Raya, Ini Tips Pakai “Perfume” Tahan Lama Wajib Anda Cuba

Pilih Warna Triadic

Gambar: Color Meanings

Apa itu warna triadic? Warna ini merupakan kombinasi tiga warna yang membentuk segi tiga dalam roda warna. Antara warna yang sesuai digayakan termasuklah merah jambu, biru dan amber (kuning kecoklatan).

Untuk hasil terbaik, pilih satu warna sebagai warna utama (dominan) manakala dua lagi sebagai pembayang. Sebagai contoh, warna biru dijadikan warna dominan (baju). Dua lagi warna boleh digayakan pada hijab dan aksesori lain seperti beg tangan dan kasut.

Gambar: AFP

Warna Panas Dan Warna Sejuk

Untuk hasil yang menarik, kombinasi warna pakaian mestilah mengambil kira warna panas dan sejuk. Padanan kedua-dua warna ini sangat penting untuk menghasilkan warna yang harmoni dan menarik pada pandangan orang.

Warna panas termasuklah merah, jingga (oren) dan kuning. Manakala warna sejuk pula ialah hijau, biru dan magenta (ungu).

Warna Bumi

Warna bumi merupakan warna neutral dan ia tidak terdapat dalam roda warna. Kebanyakan warna ini digayakan dalam bidang fesyen. Fakta menarik mengenai warna berunsurkan bumi ini termasuklah mudah digayakan bersama warna-warna lain.

Antara warna bumi termasuklah beige, putih pudar, kelabu, krim, vanilla, coklat, sawo matang dan khaki.

Walaupun sesetengah warna seperti warna coklat dan sawo matang terhad dipadankan, namun ia masih sesuai digunakan bersama roda warna.

Sebagai contoh, warna tudung sesuai menggunakan warna bumi manakala pakaian pula boleh memilih warna yang sejuk mahupun panas.

Padanan Corak Batik

Kombinasi pakaian bersama cetakan atau batik mampu menaikkan keterampilan anda dan lebih elegan. Sebagai contoh, pakaian yang mempunyai corak jalur halus sesuai dipadankan dengan corak paisley

BACA JUGA: Sesuai Untuk “Family” Ramai, Ini 6 Tips “Posing” Untuk Gambar Raya

Bagi pemilihan tudung, anda boleh memakai warna yang sama dengan pakaian bercorak atau batik untuk hasil terbaik.

Namun, rata-rata gemar memakai tudung berwarna putih, hitam dan beige. Manakala bagi tudung bercorak pula, pakaian yang disyorkan adalah warna jenis kosong (plain).

Lapan Padanan Warna Yang Popular Digayakan Raya Ini

Setiap warna membawa karakteristik yang tersendiri, sekiranya ia digayakan dengan warna yang tepat, ia akan memberikan hasil yang terbaik.

Berikut adalah padanan warna yang sering mendapat perhatian ramai:

Antaranya (biru dan merah jambu), (hitam dan tan seperti warna kulit pokok oak), (beige dan merah), (kelabu dan merah jambu), (putih dan blush), (beige dan deep green), (biru dan krim) dan (hijau dan coklat)

Sumber: YourEMMA.com, Fustany.com

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?