Siakap Keli
tips perfume tahan lama
Gambar: Beauty Insider Singapore

Kekal Wangi Ketika Raya, Ini Tips Pakai “Perfume” Tahan Lama Wajib Anda Cuba

Kekal Wangi Ketika Raya, Ini Tips Pakai “Perfume” Tahan Lama Wajib Anda Cuba

Sambutan Hari Raya Aidilfitri merupakan suatu acara bagi umat Islam meraikan kejayaan setelah berpenat-lelah berpuasa di bulan puasa. Kebanyakan orang ramai mengenakan pakaian serba baru pada 1 Syawal.

Kurang 10 hari lagi sebelum kita menyambut lebaran, sudah tentu ramai yang berfikir-fikir apa yang hendak di pakai sewaktu menyambut perayaan ini. Bahkan ada segelintir yang telah menyiapkan persiapan sebelum tibanya Ramadan.

Bercakap mengenai penampilan, pastinya ramai yang ingin tampil menawan dan cantik serta kekal wangi sentiasa di hari yang cukup bermakna ini.

Namun, kebiasaannya, minyak wangi tidak dapat bertahan dalam tempoh yang lama. Lebih-lebih lagi dalam keadaan cuaca di Malaysia yang panas.

Jadi, bagaimanakah orang ramai dapat mengekalkan bauan perfume dalam tempoh yang lama sepanjang hari raya nanti? Untuk mengetahuinya, mari kita ikuti perkongsian di bawah.

Tips Pakai Perfume Long Lasting

Gambar: Gambar: Marcus McDonald

Baru baru ni saya baru dapat tahu tips untuk bagi perfume tahan lama. Saya dah cuba dan terkejut ia menjadi!

Jadi harini, saya nak kongsi dengan korang tips tu, raya ni boleh la kita semua wangi sepanjang hari walaupun cuaca panas teruk.

Teknik ni orang panggil layering. Layering dengan apa?

BACA JUGA: Tak Semua Minyak Wangi Tahan Lama, Ketahui Lima Kod Berbeza Ini Sebelum Beli

Unscented Lotion + EDP

Guna unscented lotion sebab taknak bau lotion tu bercampur dengan perfume nanti takut bau dia jadi pelik.

Sapu lotion dekat seluruh badan kemudian boleh spray perfume. You will have a great fragrance base.

Body Mist + EDP

Awak boleh spray body mist awak (similar notes dengan EDP) dekat badan tetapi jika awak mempunyai kulit sensitif tolong elak, boleh spray dekat baju instead.

This layering boleh tingkatkan bau & pada masa yang sama boleh buat perfume tahan lebih lama.

EDT + EDP

Awak boleh mix and match your edt and edp. Kena eksperimen sikit la yang ni nak tahu bau mana yang masuk. Selain boleh buat perfume tahan lama, awak boleh jugak boleh cipta bau sendiri menggunakan dua jenis ini. 

Body Lotion + Body Mist + EDP

Pilih yang dalam line yang sama. So dia tak kacau bau EDP itu sendiri sebab semua dalam line yang sama dan boleh buatkan minyak wangi anda tahan lebih lama!

Sumber: Twitter @skunkohq

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?