Siakap Keli
Lelaki Ditemui Dalam Kolam
Gambar: Pasukan Pencarian Sonar Negeri Sunshine & Pejabat Syerif Daerah Pinellas,

Dilapor Hilang Lebih 16 Tahun Lalu, Mayat Lelaki Ditemui Dalam Kolam

Dilapor Hilang Lebih 16 Tahun Lalu, Mayat Lelaki Ditemui Dalam Kolam

FLORIDA, AMERIKA SYARIKAT — Selepas 16 tahun dilaporkan hilang, mayat seorang lelaki ditemui di dalam sebuah kenderaan di Palm Harbor.

Memetik UNILAD, mangsa yang dipercayai dikenali sebagai Robert Helphrey kali terakhir dilihat pada 2006 bersama kenderaan jenis Mitsubishi miliknya.

Difahamkan, kenderaan SUV itu ditemukan oleh Pasukan Pencarian Sonar Negeri Sunshine dan Recon Dive Recovery di dalam kolam.

Kronologi Kehilangan Robert Helphrey

Menurut jurucakap Pejabat Syerif Daerah Pinellas, lelaki berkenaan dilaporkan keluar dari Peggy O’Neill’s Bar di Palm Harbor pada tengah malam 22 Mei 2006.

Mangsa yang juga merupakan seorang pekerja di restoran Thirsty Marlin gagal dikesan sejak hari berkenaan.

Gambar: Pasukan Pencarian Sonar Negeri Sunshine

Rakan karib Helphrey, Brian St. Arnold berkata, mangsa dilaporkan hilang pada hari dia bekerja.

“Pada jam 6.18 pagi, kami menerima panggilan berhubung kejadian. Isteri saya yang menjawab panggilan itu kemudiannya memberitahu saya,” katanya kepada Fox 13.

Tambah Arnold, dia gembira dengan penemuan mayat kawan baiknya itu yang telah menjadi misteri selama belasan tahun.

“Selepas bertahun-tahun, saya gembira kerana akhirnya mengetahui perkara sebenar tentang apa yang berlaku kepadanya pada hari itu,” ujarnya lagi.

BACA JUGA: Hilang 14 Bulan, Lelaki Temui Tengkorak Dan Tulang Belakang Warga Emas

Dia turut mempercayai bahawa mangsa terbabas ke dalam kolam selepas pulang bekerja pada lewat malam tersebut.

“Saya hairan kerana tiada sesiapa yang melihatnya pada malam kejadian. Tambahan lagi, suara meminta pertolongan juga tidak kedengaran,” jelas Arnold.

Kata Arnold, dia menyifatkan mangsa seorang lelaki yang hebat.

Mayat Pelajar Hilang Selama 47 Tahun Ditemui

Terdahulu, mayat seorang lelaki ditemui dalam sungai Chambers County Alabama di Amerika Syarikat, lapor Daily Star.  Difahamkan, mangsa, Kyle Clinkscales berusia 22 tahun merupakan seorang pelajar telah dijumpai pada Disember 2021.

Seorang lelaki yang melalui lokasi kejadian tersebut menemui kenderaan itu sebelum menghubungi pihak polis.

Menurut Pejabat Polis Daerah Troup, pihaknya mengesahkan bahawa mayat itu merupakan Kyle Clinkscales (seorang pelajar), 22.

“Pada 19 Februari 2023, Pejabat Polis Daerah Troup telah dimaklumkan oleh Pejabat Koroner Daerah Troup bahawa mayat tersebut secara positif dikenal pasti sebagai Kyle Clinkscales,” kata mereka dalam satu kenyataan.

Kali terakhir Kyle dilihat adalah pada petang Jumaat, 27 Januari 1976 sewaktu Moose Club iaitu tempat kerjanya di LaGrange, Georgia.

Sumber: UNILAD

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?