Siakap Keli
Sabah isytihar Jumaat hari kelepasan am
Kredit BERNAMA

Sabah Isytihar Jumaat Ini Hari Kelepasan Am – Hajiji

Sabah Isytihar Jumaat Ini Hari Kelepasan Am – Hajiji

KOTA KINABALU, 18 April (Bernama) — Kerajaan Sabah mengisytiharkan Jumaat ini (21 April) sebagai hari kelepasan am tambahan di Sabah bagi tahun ini, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

“Ini selaras dengan Ordinan Hari Kelepasan Am Sabah,” katanya dalam satu kenyataan ringkas di sini hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan Kerajaan Persekutuan telah mengisytiharkan sama ada hari Jumaat atau Isnin (24 April) sebagai hari kelepasan am tambahan bergantung pada tarikh 1 Syawal bermula.

BACA: “Berhabis Beli Baju Sekolah, Terus ‘Standby’ Modal Raya Pula,” Ni Cara Nak Kurangkan Kos Persiapan Raya Sampai 85%

Anwar berkata bagi Sabah dan Sarawak, kerajaan negeri boleh mengisytiharkan hari kelepasan am pada tarikh tersebut mengikut Ordinan Hari Kelepasan Am masing-masing.

Sumber: BERNAMA

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka