Siakap Keli
lelaki digigit anjing
Kredit: Twitter

Lelaki 65 Tahun Maut Digigit Sekumpulan Anjing

Lelaki 65 Tahun Maut Digigit Sekumpulan Anjing

Dalam satu rakaman tular di media sosial, seorang lelaki telah diserang oleh kira-kira tujuh hingga lapan ekor anjing sebelum didapati meninggal dunia di India.

Rakaman ngeri tersebut diperolehi menerusi sebuah kamera litar tertutup (CCTV) berdekatan lokasi kejadian.

Kejadian tersebut berlaku ketika mangsa sedang berjalan kaki di bandar Aligarh, Uttar Pradesh pada pagi Ahad lepas. Mangsa dipercayai maut akibat menerima beberapa gigitan daripada sekawan anjing terbiar.

Berdasarkan imej-imej yang dikongsikan di media sosial, anjing-anjing terbabit telah menyerang seorang pesara doktor yang dikenali sebagai Safdar Ali.

Menurut Pravesh Rana, pengawai rumah stesen berdekatan lokasi, insiden terbabit dipercayai berlaku sekitar 6.00 pagi di perkarangan kampus Aligarh Muslim University (AMU).

Bardasarkan akaun rasmi Polis Aligarh, Superintenden Kuldeep Kumavat, memaklumkan bahawa pasukan anjingnya bersama pegawai polis telah hadir ke lokasi kejadian sekitar 7.30 pagi.

Mayat mangsa pula telah dibawa bagi menjalani sesi bedah siasat untuk menentukan punca kematian sebenar.

Rakaman visual CCTV menunjukkan saat-saat anjing-anjing berkenaan mula mengepung mangsa, lelaki tersebut hanya membawa telefon pintar bersamanya.

Difahamkan, lelaki yang berusia 65 tahun itu merupakan penduduk di kawasan tersebut.

Selain kes lelaki maut digigit anjing, beberapa kes serangan anjing dilaporkan turut berlaku di kawasan tersebut

Insiden tersebut berlalu ketika peningkatan kes serangan anjing terhadap orang ramai mulai meningkat di Uttar Pradesh sejak beberapa bulan lepas.

Para pemilik haiwan peliharaan diminta untuk memberikan surat perjanjian kepada pihak berkuasa tempatan agar haiwan yag dibela tidak menganggu ketenteraman awam.

Perkara ini berdasarkan garis panduan terkini yang dikeluarkan jabatan pembangunan bandar negeri terbabit.

Bukan itu sahaja, undang-undang turut dikenakan bagi para pembiak, pertubuhan kebajikan penduduk dan individu yang mengambil anjing terbiar dalam jumlah yang banyak.

Garis panduan baharu itu telah diedarkan di kalangan pesuruhjaya perbandaran dan ketua eksekutif badan tempatan bandar pada Februari lepas.

BACA: Aset Atas Nama Ibu, Hiba Abouk Rasa Hiba, Mungkin Tak Dapat Tuntut Harta Achraf Hakimi

Sumber: The Hindustan Times

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.