Siakap Keli
empat lelaki jenayah polis
Kredit: BERNAMA

Empat Lelaki Mengaku Bersalah Lakukan Kekerasan Jenayah, Cederakan Polis

Empat Lelaki Mengaku Bersalah Lakukan Kekerasan Jenayah, Cederakan Polis

PONTIAN, 27 April (Bernama)Empat lelaki termasuk dua beradik mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini terhadap pertuduhan menggunakan kekerasan jenayah dan menyebabkan kecederaan seorang anggota polis dekat Kulai, pada pagi 1 Syawal.

Kesemua tertuduh didakwa bersama-sama menggunakan kekerasan terhadap Lans Koperal Muhammad Hasrull Mohd Namiri dengan niat menghalang beliau daripada menjalankan tugasnya.

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di Kilometer 7, Jalan Kulai menghala Kota Tinggi, dekat Kulai pada kira-kira 3 pagi, Sabtu lepas.

Sementara itu, tertuduh, 23, didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada Muhammad Hasrull dengan menggunakan tangan dan kaki, di lokasi dan waktu yang sama.

Tiga yang lain dituduh mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara maksimum setahun atau dengan denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Majistret Nur Azzuin Abdul Moati membenarkan tertuduh diikat jamin RM1,500 dengan seorang penjamin manakala tiga yang lain, masing-masing dibenarkan diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin.

Mahkamah menetapkan 30 April ini di Mahkamah Majistret Kulai untuk hukuman.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurezzati Zaini manakala keempat-empat tertuduh tidak diwakili peguam.

BACA: Buruh Dipenjara 56 Bulan Culik Ejen Kosmetik

Empat Mat Rempit Ditahan Merusuh, Pukul Anggota Polis Bertugas Op Selamat

Sebelum ini, media melaporkan polis menahan empat individu kerana dipercayai merusuh dan memukul seorang anggota polis yang sedang menjalankan tugas Op Selamat di Kilometer 7, Jalan Kulai-Kota Tinggi, pada 23 April lepas.

Ketua Polis Daerah Kulai Supt Tok Beng Yeow berkata kesemua suspek warga tempatan berusia 23 hingga 39 tahun itu dipercayai terlibat dalam perlumbaan haram, ditahan di sekitar bandar raya ini dan Kulai.

Beliau berkata tangkapan dibuat susulan laporan polis yang dibuat anggota terbabit pada hari kejadian pada pukul 3.04 petang.

“Anggota polis berkenaan membuat laporan polis mengatakan dirinya telah dipukul oleh sekumpulan penunggang motosikal ketika menjalankan tugas Op Selamat.

“Hasil siasatan awal keempat-empat individu itu mengaku terlibat dalam kejadian merusuh tersebut dan perlumbaan haram,” katanya

Sumber: BERNAMA

Nurhanis

Mungkin tidak lagi menjadi penulis, tetapi jejakku masih di sini

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.