Siakap Keli
Ronaldo tinggalkan Al Nassr
Gambar: The Sun

Ronaldo Dilapor Bakal Pulang Ke Bernabeu, Tinggalkan Al Nassr

Ronaldo Dilapor Bakal Pulang Ke Bernabeu, Tinggalkan Al Nassr

Bintang bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo dilaporkan bakal meninggalkan kelab Arab Saudi, Al Nassr tidak lama lagi, lapor Sinar Harian.

Berdasarkan laporan media Eropah, Presiden Real Madrid, Florentino Perez telah menawarkan Ronaldo untuk menjadi duta kelab Real Madrid yang terbaru.

Ronaldo sebelum ini telah berpindah ke Liga Profesional Arab Saudi pada Januari lalu. Beliau bertindak sedemikian selepas berlaku perselisihan faham antara pengurus Manchester United, Erik ten Hag sewaktu bermain untuk kelab tersebut.

Ronaldo juga pada sebelum ini pernah mencuba nasib untuk kembali ke Real Madrid sebelum menyertai pasukan Arab Saudi berkenaan.

Namun, Perez pada waktu itu telah menghalang dan menolak Ronaldo untuk kembali ke Bernabeu. Bagaimanapun, dia kini diminta untuk kembali ke kelab tersebut bukan sebagai pemain.

Bukan sebagai pemain tetapi sebagai duta

Laporan itu turut mengatakan bahawa Perez mahu Ronaldo kembali ke kelab tersebut untuk memainkan peranan sebagai duta kelab atau menjadi sebahagian daripada organisasi kelab berkenaan.

BACA: “Berhabis Beli Baju Sekolah, Terus ‘Standby’ Modal Raya Pula,” Ni Cara Nak Kurangkan Kos Persiapan Raya Sampai 85%

Terdahulu, Pengurus Al-Nassr, Rudi Garcia mendakwa karier penyerangnya Cristiano Ronaldo tidak akan tamat di Arab Saudi, sebaliknya pemain bintang itu akan kembali ke Eropah satu masa nanti, lapor Eurosport.

Pemenang lima kali Ballon d’Or itu meninggalkan Eropah pada penghujung tahun lepas selepas kontraknya ditamatkan lebih awal dengan Manchester United (MU) berikutan temu bual kontroversi yang melibatkan Red Devils dan pengurusnya, Erik Ten Hag.

Imbas kembali temu bual tersebut, Ronaldo berkata, “Orang ramai harus mendengar kebenaran. Ya, saya rasa dikhianati. Sesetengah orang tidak mahu saya berada di sini bukan sahaja tahun ini malah tahun lalu.

“Saya tidak tahu apa yang berlaku. Sejak Sir Alex Ferguson (bekas jurulatih MU) pergi, saya tidak melihat lagi evolusi dalam kelab (Manchester United).

“Saya tidak menghormati dia (Ten Hag) kerana dia tidak menunjukkan rasa hormat kepada saya. Jika anda tidak menghormati saya, saya tidak akan menghormati anda,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka