Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Suami Isteri Ditahan Bantu Siasatan Aksi ‘Wheelie’

Nur Syahirah Zainoor Hisham
suami isteri wheelie
Kredit: Bernama

Suami Isteri Ditahan Bantu Siasatan Aksi Wheelie

KOTA BHARU, 27 April (Bernama) — Sepasang suami isteri yang terlibat dalam aksi menunggang motosikal secara berbahaya Isnin lepas tampil menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu hari ini selepas dua hari menghilangkan diri.

Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata masing-masing yang berusia 17 dan 16 tahun hadir ke IPD berkenaan pada 10 pagi dan kemudian ditahan Unit 42 Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menunggang dengan aksi berbahaya kepada diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini pasangan suami isteri itu diburu polis selepas video aksi ‘wheelie’ berdurasi 28 minit mereka tular di media sosial dipercayai berlaku di Jalan Pasir Puteh, Kampung Peringat, di sini.

BACA: Wanita ‘Pengsan’, Saudara-mara Tanya Macam-macam Soalan ‘Maut’ Ketika Raya

Sumber: Bernama