Siakap Keli
Taiwan insentif pelancongan
Kredit: AFP

Taiwan Bagi Pelancong Asing RM 725 Bermula 1 Mei Ini

Taiwan Beri Insentif Pelancongan Bernilai RM725 Bermula 1 Mei

Taiwan bakal memberikan insentif pelancongan bernilai NT$5,000 (RM725.86) kepada 500,000 pelancongan asing bermulai 1 Mei ini.

Memetik laporan Mothership.sg, insentif itu diperkenalkan bagi menarik kehadiran pelancong-pelancong asing ke negara tersebut.

Perkara ini dinyatakan dalam satu hantaran Facebook rasmi milik Biro Pelancongan Taiwan yang bertempat di Singapura pada 24 April lalu.

Menerusi hantara berkenaan, insetif pelancongan tersebut akan diedarkan dalam bentuk kad-kad digital. Kad-kad tersebut pula mengandungi nilai wang ataupun baucar penginapan yang boleh digunakan oleh pelancong asing sepanjang berada di Taiwan.

Menerusi hantara itu lagi, insentif Taiwan The Lucky Land ini akan berakhir pada 30 Jun 2025.

Difahamkan, kempen tersebut terbuka bagi mana-mana pelancong asing, yang tidak memegang pasport Taiwan dan merancang untuk berada di Taiwan dalam lingkungan tiga hingga 90 hari.

Insentif pelancongan itu juga tidak termaktub bagi para pelawat yang menggunakan khidmat agensi pelancongan mahupun menaiki kapal persiaran.

Cara untuk menyertai kempen “Taiwan The Lucky Land”

500,000 orang pelancong bertuah akan dipilih secara rawak menerusi cabutan bertuah. Berikut merupakan langkah-langkah bagi menyertai cabutan bertuah:

1. Log masuk dan daftar pada laman web kempen tersebut dalam lingkungan sehari sehingga tujuh hari sebelum tarikh ketibaan di Taiwan.

2. Dapatkan semula kod QR cabutan bertuah melalui e-mel.

3. Pergi ke lokasi acara yang bertempat di balai ketibaan lapangan terbang Taoyuan, Songshan, Taichung atau Kaohsiung. Di lokasi berkenaan, sesi cabutan bertuah akan dijalankan.

4. Pergi ke kawasan penebusan hadiah, jika skrin cabutan bertuah menunjukkan bahawa anda telah memenangi hadiah tersebut.

Selain itu, para peserta boleh memilih jenis baucar yang diingini, sama ada tiket elektronik ataupun baucar diskaun bagi kos penginapan.

Bagi para pemenang yang menuntut hadiah mereka dalam bentuk tiket elektronik, mereka boleh menyimpan wang tersebut pada kad pintar EasyCard atau iPass.

Untuk makluman, had transaksi bagi setiap pemenang adalah NT$5,000 (RM725.86). Manakala, jumlah penggunaan maksimum bagi setiap hari adalah NT$3,000 (RM435.52).

Lima baucar yang masing-masing bernilai NT$1,000 (RM145.17) akan diberikan bagi para pemenang yang memilih untuk menerima baucar diskaun untuk kos penginapan.

Baucar-baucar yang diterima hanya boleh digunakan sekali sahaja dan tidak boleh dijual semula.

Menurut Mothership.sg, sesi pendaftaran akan bermula pada 2 April 2023 pada laman web kempen tersebut. Sesi cabutan bertuah pula akan bermula pada 1 Mei 2023, bermula pada pukul 12.00 tengah hari.

BACA: Ala-Ala GTA, Budak Bawa Lari Bas & Pandu Keliling Singapura

Sumber: Mothership.sg

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma