Siakap Keli
wanita terjatuh celah lif
Gambar: Tribun Style

Tular Rakaman Wanita Terjatuh Celah Lif, Tak Sedar Pintu Terbuka Di Ruang Tak Berlantai

Tular Rakaman Wanita Terjatuh Celah Lif, Tak Sedar Pintu Terbuka Di Ruang Tak Berlantai

Seorang wanita menemui ajal ketika cuba keluar melalui pintu lif dalam kejadian yang berlaku di Bandara Kualanamu, Sumutera Barat baru-baru ini.

Percubaan wanita malang itu terakam menerusi satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang berada di dalam lif tersebut.

Memetik laporan Tribun Style, video yang memaparkan detik-detik akhir wanita itu telah tular di media sosial khususnya dalam kalangan warga maya disana.

Difahamkan, mangsa merupakan seorang wanita yang berusia 43 tahun dan dirakam mengenakan cermin mata hitam, beg sandang berwarna merah pada sebelah kanan dan berbaju hitam ketika kejadian.

Wanita temui ajal, terjatuh celah lif ketika buka pintu secara paksa

Ketika insiden tersebut berlaku, wanita tersebut memasuki lif berkenaan secara berseorang diri, tanpa ditemani sesiapa. Tidak lama selepas memasuki lif, video tersebut merakam pintu lif pada bahagian belakang wanita tersebut terbuka. Bagaimanapun, mangsa dilihat tidak menyedari situasi pintu lif di belakangnya terbuka.

Manakala wanita tersebut dirakam terus menekan butang lif dan pintu dibelakangnya tertutup kembali. Mungkin kerana pintu dihadapannya tidak terbuka, mangsa dirakam mula menunjukkan reaksi panik.

Selepas itu, mangsa dilihat terus menekan butang pada lif, dipercayai butang buka pintu berkali-kali. Dia kemudian dirakam cuba menghubungi seseorang sambil dilihat mundar-mandir pada pintu lif. Menurut laporan media seberang, ketika itu mangsa dipercayai cuba membuka pintu lif itu secara paksa.

Selepas beberapa kali mencuba, pintu lif kemudian terbuka dan wanita itu dilihat segera melangkah keluar.

Malangnya, tindakan itu membawa padah apabila mangsa tidak menyedari kedudukan lif yang tidak selari dengan lantai bangunan. Ia sekaligus menyebabkan mangsa sebenarnya melangkah keluar dan memijak ruangan kosong.

CCTV seterusnya merakam wanita itu terjatuh melalui ruangan kosong tersebut.

Pihak polis mengesahkan kejadian tersebut

Ketua Polis Deliserdang, Irsan Sinuhaji berkata, kejadian berkenaan berlaku pada 24 April dan mangsa disahkan meninggal dunia. Mayat wanita itu hanya ditemui pada Khamis lepas.

“Dia panik dan menghubungi orang luar sambil berusaha membuka pintu lif secara manual. Ketika pinta lif terbuka, kedudukan lif dengan lantai masih belum sejajar.”

“Disebabkan keluar dalam keadaan panik, mangsa terjatuh dari tingkat tiga.” kata Irsan Sinuhaji.

BACA: Lelaki Peluk Islam, Selepas Datang Masjid Mengadu Bunyi Bising Sembahyang Raya

Sumber: Tribun Style

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma