Siakap Keli
hamba seksual perang korea selatan
Kredit: Korea Herald

Mangsa Hamba Seksual Perang Dunia Meninggal Dunia

Mangsa Hamba Seksual Perang Dunia Meninggal Dunia

Seorang lagi wanita Korea Selatan yang pernah dipaksa menjadi hamba seksual oleh Jepun semasa era Perang Dunia II dahulu telah meninggal dunia pada Selasa, lapor Korea Herald.

Menteri Kesaksamaan Jantina Kim Hyun Sook berkata kematian itu menjadikan jumlah mangsa yang masih hidup (direkodkan) di negara itu adalah sembilan orang.

Katanya, ia adalah perkara yang menyayat hati untuk menyaksikan seorang lagi mangsa kezaliman perang meninggal dunia.

Dalam pada itu, Kim berikrar untuk menjaga baki mangsa yang masih hidup dan meneruskan kempen yang bertujuan memulihkan maruah mereka.

Identiti mangsa yang meninggal dunia itu dirahsiakan atas permintaan keluarga kerana mahu melindungi privasinya.

Daripada 240 mangsa perhambaan seksual zaman perang yang direkodkan dengan kerajaan, hanya sembilan yang terselamat dan kesemuanya kini sudah berusia 90-an.

Ahli sejarah menganggarkan sehingga 200,000 wanita kebanyakan dari Korea terpaksa bekerja di rumah pelacuran barisan hadapan untuk tentera Jepun semasa perang.

Korea Selatan Umum Bayaran Pampasan Kepada Mangsa Perang Jepun

Sebelum ini, Korea Selatan dilaporkan merancang untuk memberi pampasan kepada mangsa buruh paksa Jepun semasa era perang dahulu, lapor CNA.

Perkara itu dilakukan dengan harapan dapat memperbaiki hubungan buruk yang telah menghalang perdagangan, kerjasama politik dan ketenteraan antara dua negara sebelum ini.

Menteri Luar Park Jin memaklumkan Korea Selatan akan memberi pampasan kepada bekas buruh paksa melalui sebuah yayasan awam.

Yayasan tersebut dibiayai oleh syarikat sektor swasta yang mendapat manfaat daripada Perjanjian Ganti Rugi 1965 daripada Jepun.

“Hubungan Korea Selatan-Jepun yang memburuk seharusnya tidak lagi diabaikan, dan kita perlu menamatkan kitaran yang buruk untuk kepentingan negara, rakyat,” katanya.

Beliau berharap Jepun memberi tindak balas dengan ikhlas dan positif termasuk menyatakan penyesalan dan permohonan maaf kepada mangsa.

Menelusuri data, kira-kira 780,000 warga Korea telah ditugaskan menjadi buruh paksa oleh Jepun selama 35 tahun dijajah.

Bagaimanapun tiada pampasan yang diberikan daripada syarikat Jepun, kata Menteri Luar Jepun Yoshimasa Hayashi.

Dalam pada itu, beliau turut berharap rancangan ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara negara-negara itu.

Sumber: Korea Herald

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana