“Pasukan bomba dalam masa sama turut bertindak membuat pemeriksaan dan pemantauan di sekitar lokasi. Ia bagi memastikan tiada punca api serta kawasan sekeliling berada dalam keadaan selamat.

“Pihak Bomba telah melaporkan kejadian tersebut kepada pihak PDRM untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan.

BACA: Wanita Cedera Parah Akibat Tong Gas Memasak Meletup, Meninggal Dunia

Terdahulu, seorang wanita meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang selepas dua hari bertarung nyawa setelah cedera parah akibat letupan tong gas memasak di rumahnya.

Kejadian dilaporkan berlaku di Flat Taman Sri Bayu, Jalan Kampung Bukit, Bayan Lepas.

Pengawal keselamatan, Sarimah Abdul Rahman, 55, menghembuskan nafas terakhir pada 4.19 petang. Perkara itu telah disahkanya oleh anak tunggal mangsa, Hafizan Sulaiman, 35.

Hafizan berkata ibunya ditidurkan sejak pukul 10 malam Khamis iaitu hari sama mangsa dihantar ke HPP selepas cedera parah akibat letupan tong gas memasak dalam kejadian kira-kira 9 pagi.

“Ibu ketika dibawa ke HPP masih dalam keadaan sedar dan dia kemudiannya semakin lemah sebelum doktor tidurkannya semasa menerima rawatan lanjut, keadaan kesihatan ibu semakin merosot dan tidak menentu selepas itu.

“Hari ini doktor hubungi saya memaklumkan keadaan kesihatan ibu semakin teruk dan saya terus ke hospital sebelum dimaklumkan ibu telah pergi meninggalkan saya untuk selama-lamanya,” katanya ketika dihubungi.

Sumber: Astro Awani