Siakap Keli
fakta menarik pengakap malaysia
Kredit: Bernama

Siap Ada Akta Sendiri & Dinaungi YDPA Agong, Ini Fakta Menarik Pengakap Malaysia

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Siap Ada Akta Sendiri & Dinaungi YDPA Agong, Ini Fakta Menarik Pengakap Malaysia

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diumumkan sebagai Presiden Agung Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) pada 2 Mei lepas.

Pelantikan tersebut nyata menarik perhatian rakyat Malaysia yang seterusnya memberikan ucapan tahniah kepada Perdana Menteri kesepuluh itu.

PM Anwar Diisytihar Presiden Agung Persekutuan Pengakap Malaysia

Sungguhpun begitu, ia juga menimbulkan pelbagai soalan menarik berkenaan pengisytiharan beliau termasuk peranan Pengakap itu sendiri.

Bagi menjawab persoalan yang membelenggu pemikiran rakyat Malaysia, seorang pengguna Twitter (@SM_Naufal) telah memberikan jawapan komprehensif terhadap soalan-soalan popular berkenaan Pengakap di Malaysia.

Fakta menarik mengenai Persekutuan Pengakap Malaysia

Berikut merupakan perkongsiannya:

“Kenapa Pengakap? Apa tujuan kewujudan Pengakap? PMX pandai ikat tali ke untuk jadi Presiden Pengakap? Pengakap untuk sekolah je kan?”

Ini merupakan beberapa perkara yang anda perlu tahu mengenai Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM)

1. Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM)

Bukan persatuan pengakap, bukan kelab pengakap tetapi Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) telah diperbadankan di bawah Akta Parlimen No. 784 Tahun 1968 (Semakan 2016).

persekutuan pengakap malaysia
Kredit: Twitter

Oleh sebab itu, PPM tidak didaftarkan di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS).

2. PPM Di Bawah Naungan YDPA Raja-raja Melayu

Untuk makluman, Duli-duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu serta Tuan-tuan Yang Terutama merupakan penaung pergerakan pengakap di peringkat Negeri dan Kebangsaan.

Oleh sebab itu, anugerah Pengakap Raja yang diperoleh oleh seorang Pengakap Remaja sewaktu di sekolah, sijilnya ditandatangani oleh kesemua Raja-raja Melayu. Pengakap Raja ini merupakan anugerah tertinggi yang boleh diperoleh oleh seorang ahli pengakap.

sijil pengakap malaysia
Kredit: Twitter

3. Perdana Menteri Sebagai Presiden Agung PPM

Oleh sebab itu, bukanlah satu “kejutan” apabila setiap Perdana Menteri diisyhtihar sebagai Presiden Agung PPM.

Kredit: Twitter

Prosedur Organisasi dan Pindaan (POR) pindaan 27 Mac 2010, Bahagian II, Seksyen 1 yang mana Perdana Menteri adalah Presiden Agung PPM. Mantan-mantan perdana menteri terdahulu juga tiada yang terkecuali.

Kredit: Bernama
Kredit: Bernama

4. Pengakap Bukan Sahaja Di Sekolah Sahaja

Pengakap tidak terhad keahliannya kepada pelajar sekolah semata-mata. Pengakap mempunyai 286,543 ahli yang berdaftar (data setakat 31 Disember 2022) dan ini termasuk golongan DEWASA juga.

Golongan dewasa tidak hanya terdiri daripada guru-guru di sekolah. Rata-rata pesuruhjaya-pesuruhjaya atau pemimpin-pemimpin turut terdiri daripada profesional dari pelbagai sektor.

Pengakap di Malaysia
Kredit: Twitter

5. Pengakap Seluruh Dunia

PPM merupakan sebahagian daripada pertubuhan kepanduan atau kepengakapan global iaitu Persekutuan Pengakap Sedunia ataupun World Organization of the Scout Movement (WOSM).

WOSM mempunyai keahlian mencecah 57 juta ahli di 173 buah Pertubuhan Pengakap Kebangsaan / National Scout Organisations yang berdaftar. Terbaru pada Novemeber 2022, Antigua dan Barbuda menjadi ahli ke-173 WOSM.

wosm
Kredit: WOSM

6. Ibu Pejabat Biro Pengakap Dunia Berada Di Kuala Lumpur

Untungnya pengakap Malaysia kerana “HQ Utama” pengakap beroperasi di Kuala Lumpur semenjak 1 Ogos 2013 lagi setelah mereka berpindah dari Geneva, Switzerland.

Terdahulu, mantan Perdana Menteri Ke-6 merangkap Presiden Agung Pengakap ketika itu merasmikan Ibu Pejabat tersebut.

ibu pejabat pengakap dunia kuala lumpur najib
Kredit: Twitter

7. Pengakap Bukan Main Ikat Tali Sahaja

Pengakap merupakan pelopor pendidikan tidak formal di seluruh dunia. Tujuan penubuhan adalah untuk membentuk ahli menjadi rakyat yang baik dengan membentuk sifat perangainya.

Jadi, aktiviti pengakap tidak hanya terhad kepada berkemah, ikat tali atau kawad semata-mata. Ini termasuklah menyumbang ke arah Pelan Pembangunan Mampan (SDG) dan usaha murni lain.

sdg
Kredit: WOSM

Begitu banyak tanggapan salah mengenai pengakap yang perlu diperbetul. Sesungguhnya pengakap terus melahirkan individu-individu hebat yang banyak menyumbang kepada negara dan masyarakat.

Ini dapat dilihat oleh kegiatan aktif pemimpin-pemimpin dunia yang lain, antara lain termasuklah Raja Sweden, HM Carl XVI Gustaf yang juga merupakan Honorary Chairman untuk Yayasan Pengakap Dunia/ World Scout Foundation.

Kredit: World Scout Foundation

PPM telah membentuk saya menjadi seorang insan yang faham erti “kemanusiaan” dan “kebersamaan”. Masih belum terlambat juga untuk sesiapa pun sertai pengakap.

“Try and leave this world a little better than you found it, and when your turn comes to die, you can die happy in feeling that at any rate, you have not wasted your time but have done your best.” – Lord Baden Powell, Pengasas Pengakap.

Kredit: World Scouts

Ciapan Naufal telah mengundang keinginan beberapa pengguna media sosial untuk menyertai PPM, walaupun sudah dewasa.

Beliau berkata sesiapa yang berminat untuk menyertai PPM, mereka boleh mencari dan menyertai mana-mana kumpulan/kru terbuka dan pendaftaran adalah mengikut negeri.

Untuk memudahkan pencarian, anda boleh mencari kumpulan-kumpulan ini menerusi media sosial dan menghubungi pihak tersebut menerusi platform tersebut.

Naufal turut menyatakan, tiada masalah bagi sesiapa untuk menyertai PPM, walaupun menyertai Pasukan Unit Beruniform yang berlainan sewaktu di bangku sekolah.

BACA: Sonny Bill Williams Luah Rasa Kagum, Puji Adab Kanak-Kanak Malaysia Ketika Bersalam

Sumber: SM_Naufal via Twitter

 

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma